• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Lemas Ketika Memancing

oleh Mohd Arshad
04/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lelaki Lemas Ketika Memancing
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR: Seorang lelaki ditemukan lemas di lombong Tasik Kiambang, Serendah, di sini, hari ini, selepas dipercayai terjatuh ketika memancing di lokasi berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata mangsa berusia 26 tahun ditemui bapanya di lokasi kejadian.

Terdahulu, katanya, pihaknya menerima maklumat daripada pengadu warga tempatan melalui talian kecemasan MERS 999 pada jam 2.47 petang menyatakan anak lelakinya lemas di lombong.

“Apabila polis tiba di lokasi, didapati mangsa telah meninggal dunia,” katanya menerusi kenyataan.

Ahmad Faizal berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 2.47 petang.

Beliau berkata, menurut laporan awal, mangsa ditemui terapung di gigi air lombong Tasik Kiambang.

“Menurut maklumat keluarga, mangsa dikatakan hilang sejak malam semalam,” katanya.

BHonline-

Tags: lelakilemasmemancing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd