• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan Jual Ganja Melalui Telegram

oleh Mohd Arshad
16/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
SPRM Ambil Keterangan Sivakumar Isu Pekerja Asing
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL: Pejabat Pendakwa Daerah Pusat Seoul memaklumkan empat individu didakwa kerana menanam ganja di rumah dan menjualnya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lapor The Straits Times, pegawai berkata, seorang daripada suspek iaitu lelaki dikenali sebagai Park, 37, didakwa menanam ganja di pangsapurinya yang mana dia tinggal bersama isterinya yang hamil.

Empat suspek itu merupakan sebahagian daripada dua kumpulan berasingan.

Park dan rakannya Jung, 38, didakwa menjual ganja yang ditanam di rumah masing-masing terletak di Gimhae, sebuah bandar di Gyeongsang Selatan kira-kira 300 kilometer (km) ke selatan ibu kota Seoul, dari Mei 2022 hingga Februari 2023.

Isteri Park, yang hamil pada ketika itu, dilaporkan tinggal bersama Park di pangsapuri, tempat tumbuhan tersebut ditanam.

Bagaimanapun, Park tidak didakwa atas penggunaan ganja secara peribadi dan membahayakan bayinya yang belum lahir.

Park dan Jung didakwa menjual ganja menerusi aplikasi Telegram.

Mereka juga didakwa memiliki mata wang kripto bernilai kira-kira 100 juta won (RM337,420), yang disyaki merupakan keuntungan hasil perniagaan haram itu.

Dua lagi suspek yang berusia 26 tahun, didakwa mengendalikan makmal ganja di sebuah kedai berselindung di sebalik perniagaan fesyen di tengah Seoul dari Disember 2021 hingga Januari 2023.

Suspek berkenaan yang dikenal pasti dengan nama keluarga Kwon dan Park, dibawa ke unit itu yang membawa kepada penemuan peralatan diperlukan untuk menanam dan mencairkan ganja.

Dilaporkan, makmal tersebut terletak di ruang bawah tanah sebuah vila, sebuah rumah multipleks di Korea Selatan.

UtusanOnline-

Tags: ditahanganjaTelegram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Ditahan Sebar Video Fitnah Kes Kematian Zara Qairina

Lelaki Ditahan Sebar Video Fitnah Kes Kematian Zara Qairina

17/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun selepas dipercayai terbabit menyebarkan video berunsur fitnah di Facebook membabitkan kes...

YDP PAS Sungai Buloh Ditahan Berkaitan Isu Kampung Sungai Baru

YDP PAS Sungai Buloh Ditahan Berkaitan Isu Kampung Sungai Baru

15/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Ketua PAS Sungai Buloh, Zaharuddin Muhammad ditahan polis berkaitan isu pegusiran penduduk Kampung Sungai Baru di kediamannya, awal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd