• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 3,000 Doktor Kontrak Akan Letak Jawatan

oleh Mohd Arshad
02/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lebih 3,000 Doktor Kontrak Akan Letak Jawatan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Sekumpulan doktor kontrak berkata, lebih 3,000 daripada mereka yang berkerja untuk Kementerian Kesihatan akan meletak jawatan bulan ini selepas menerima keputusan temuduga jawatan tetap.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jurucakap Mogok Doktor Malaysia memberitahu The New Sunday Times (NST), 87 peratus doktor kontrak tidak ditawarkan jawatan tetap.

Mereka akan kekal dalam kontrak dan dinafikan hak untuk mendapat banyak faedah termasuk pencen, tambahnya.

Jurucakap berkata, gaji mereka lebih rendah berbanding mereka yang berjawatan tetap antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan walaupun tanggungjawab mereka sama.

“Doktor kontrak tidak layak untuk program sarjana. Tiada kriteria yang jelas dan telus untuk pemilihan jawatan tetap.

“Mereka juga tiada cuti belajar dan cuti tanpa gaji. Terdapat banyak faedah yang kita dinafikan,” kata jurucakap itu.

Sebelum ini, NST melaporkan Mogok Doktor Malaysia merancang mogok selama tiga hari bermula Isnin hingga Rabu.

Ia memberi amaran kepada orang ramai tentang masa menunggu yang lebih lama di hospital dan klinik kerajaan pada tarikh berkenaan.

“Rakyat Malaysia, jangan melawat (pergi) mana-mana hospital besar atau klinik kesihatan (klinik kesihatan awam) daripada 3 hingga 5 April kerana lebih 8,000 doktor kontrak akan mogok dengan mengambil cuti perubatan atau kecemasan sebagai protes terhadap sistem tidak adil dan gaji rendah.

“Masa menunggu anda lebih lama berbanding biasa,” kata Mogok Doktor Malaysia dalam akaun Instagram.

Ia mendakwa terdapat pihak di jabatan hospital membekukan cuti tahunan dan hari cuti pada tarikh berkenaan untuk menghalang doktor kontrak daripada menyertai mogok itu.

Bagaimanapun, jurucakap itu berkata, doktor itu akan terus menyertainya walaupun diberi amaran.

Kumpulan itu menuntut penyerapan pegawai perubatan kontrak ke jawatan tetap, kenaikan gaji pokok, kadar on-call lebih tinggi dan pengurangan automatik dalam tempoh perkhidmatan wajib bagi pegawai perubatan kepada tiga tahun.

Ia juga menyeru pengurangan dalam on-call dan waktu bekerja untuk pegawai perubatan dan kekurangan pakar untuk ditangani.

“Menurut memorandum kami, kami mendapat gaji yang rendah selama lebih daripada 20 tahun, serendah RM9 sejam untuk ‘on-call’ yang mengerikan kami, dan kerajaan kita merancang untuk menghapuskan elaun kritikal kami sebanyak RM750 sebulan.

“Tolong melayan doktor kontrak seperti manusia sebelum menuntut kami berkerja.

“Kami mengorbankan nyawa ketika pandemik.

“Tetapi sekarang kami dilupakan oleh menteri kesihatan dan orang awam,” kata jurucakap itu.

-Harian Metro

Tags: Doktor Kontrakletak jawatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanifah Umum Letak Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan

Hanifah Umum Letak Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan

30/12/2025
0

SEREMBAN: Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), langkah sama disusuli teraju gabungan itu di...

Shamsul Iskandar Letak Jawatan Setiausaha Politik PM

Shamsul Iskandar Letak Jawatan Setiausaha Politik PM

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengumumkan peletakan jawatannya, hari ini. Menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd