• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Beri Jaminan Kes COVID-19 Terkawal Menjelang Aidilfitri

oleh Mohd Arshad
18/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KKM Beri Jaminan Kes COVID-19 Terkawal Menjelang Aidilfitri
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan kes COVID-19 terkawal menjelang Aidilfitri dan meminta orang ramai tidak panik.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa, berkata sememangnya dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini ada sedikit peningkatan jumlah kes positif COVID-19 di seluruh negara.

Bagaimanapun, katanya, situasi berkenaan masih terkawal dan kes membabitkan kematian masih rendah.

“KKM dapati kes kematian juga hanya membabitkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai penyakit kronik,” katanya pada sidang media selepas mengadakan sesi Town Hall Kertas Putih Kesihatan Zon Tengah di Hotel Zecon, Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal), Datuk Dr Muhammad Radzi; Ahli Majlis Penasihat HWP, Prof Datuk Dr Syed Mohamed Al-Junid dan Dr Kor Kar Chai.

Dr Zaliha berkata, walaupun varian omicron tersebar dengan cepat, ia masih terkawal dan tidak kritikal.

“KKM nasihatkan orang ramai untuk tidak panik terhadap situasi COVID-19 ketika ini. Sekiranya bergejala, mereka perlu memakai pelitup muka, terutama di tempat tertutup yang mempunyai ramai orang khususnya pada musim perayaan kali ini.

“Orang ramai juga digalakkan melakukan ujian saringan kendiri COVID-19 sebelum pulang ke kampung bertemu keluarga sempena Aidilfitri,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengulas mengenai tindakan KKM untuk melanjutkan konsensus bagi penyediaan ubat-ubatan dan bekalan perubatan untuk kemudahannya daripada syarikat Pharmaniaga.

Katanya, tempoh berkenaan akan dilanjutkan selama 10 tahun lagi sebaik tempoh interim berakhir pada Jun tahun ini.

“Kami bekerjasama rapat dengan Pharmaniaga, bukan sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah kerajaan tetapi sebagai sistem yang telah digunakan sejak sekian lama dari segi urusan logistik.

“Jadi, kita (KKM) memerlukan mereka dan menjadi tanggungjawab kita untuk meneruskan kerjasama berkenaan sebagai GLC di bawah kerajaan,” katanya.

BHonline-

Tags: AidilfitriCovid-19KKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd