• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesan Tapak Kaki Dipercayai Milik Harimau – PERHILITAN

oleh Mohd Arshad
29/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kesan Tapak Kaki Dipercayai Milik Harimau – PERHILITAN
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor mengesahkan tapak kaki haiwan liar yang ditemui di kebun kelapa sawit di FELDA Ulu Tebrau di sini, dipercayai milik harimau.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah PERHILITAN Johor, Aminuddin Jamin, berkata pihaknya melakukan pemeriksaan dan menjalankan pemantauan selepas menerima laporan berhubung penemuan bangkai binatang ternakan di kebun kelapa sawit di kawasan itu.

“Berdasarkan pemeriksaan awal, kesan (yang ditemukan ialah harimau), namun siasatan masih dijalankan.

“Kita akan melaksanakan pemasangan perangkap kamera (bagi mengesan kehadiran haiwan liar berkenaan) dalam masa terdekat. Bagaimanapun, kita perlu tarik pemasangan kamera di kawasan lain terlebih dahulu, ” katanya.

Aminuddin menasihatkan orang ramai melaporkan segera kepada PERHILITAN sekiranya terserempak hidupan liar dan mengelak mengambil sebarang tindakan provokasi.

Terdahulu, tular di laman sosial penemuan bangkai seekor lembu tanpa kepala yang dipercayai diserang haiwan buas serta tapak kaki haiwan liar itu sehingga menimbulkan kegusaran penduduk di sekitar Felda itu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz, berkata beliau sudah berhubung dengan pengurus FELDA berkenaan serta menasihati penduduk berhampiran mengutamakan keselamatan mereka.

“Kita juga tidak menggalakkan mereka masuk ke kawasan ladang buat sementara waktu, namun sekiranya perlu pastikan berpasangan atau secara berkumpulan.

“Keselamatan paling utama. Agensi berwajib sedang jalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin,” katanya menerusi catatan dalam Facebooknya, semalam.

Bernama-

Tags: harimauPerhilitantapak kaki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

Penangkapan Harimau Di Bukit Kinding, Tanjung Rambutan: Amaran Dari Alam

Penangkapan Harimau Di Bukit Kinding, Tanjung Rambutan: Amaran Dari Alam

11/01/2026
0

Penangkapan seekor harimau di Bukit Kinding, Tanjung Rambutan, berhampiran Ipoh, mengingatkan kita tentang hakikat yang kian mendesak: konflik manusia–hidupan liar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd