• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Tangani Isu Doktor Kontrak

oleh Mohd Arshad
01/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Tangani Isu Doktor Kontrak
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani isu doktor kontrak yang menjadi topik hangat dalam negara ketika ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata persetujuan itu dicapai Jemaah Menteri, semalam.

Beliau berkata, jawatankuasa itu menggabungkan beberapa kementerian dan agensi, termasuk membabitkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, susulan desas-desus kemungkinan mogok oleh doktor kontrak pada 3 hingga 5 April ini.

Ada juga catatan di Instagram, yang menggesa doktor kontrak seluruh negara tampil menyertai mogok berkenaan atau meletak jawatan secara beramai-ramai pada 1 April.

Dr Zaliha berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai mogok itu, bagaimanapun berpandangan mogok bukan satu penyelesaian terbaik terhadap permasalahan berkaitan profesion perubatan atau mana-mana skim profesional yang lain.

“Perkara ini perlu ditimbang dengan teliti kerana perkhidmatan kesihatan adalah perkhidmatan kritikal, membabitkan nyawa manusia dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan dari semasa ke semasa memberi maklum balas terhadap permasalahan serta permintaan yang ditimbulkan oleh anggota kesihatan, antaranya mewujudkan perjawatan tetap, dan penajaan latihan kepakaran atau latihan lanjutan.

Selain itu, kenaikan pangkat secara ‘time-based’, peluang kenaikan ke gred khas dan mewujudkan gred UD56 untuk pakar perubatan dan sebagainya.

Dr Zaliha berkata, KKM sentiasa peka dengan permasalahan serta permintaan yang ditimbulkan dan memastikan ia diteliti sesuai dengan isu semasa serta diberi penyelesaian sewajarnya berdasarkan kepada kemampuan ekonomi negara.

“Justeru, mogok bukan penyelesaian terbaik. Selaku penjawat awam, sama ada berjawatan tetap atau kontrak, mereka tertakluk kepada integriti penjawat awam dan Etika Perkhidmatan Awam,” katanya.

Bernama-

Tags: Doktor KontrakJawatankuasa Peringkat TertinggiKerajaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kekurangan 19,431 Guru Libatkan Seluruh Negara

Next Post

Malaysia Terima Pelaburan RM170 Bilion Dari China, Tertinggi Dalam Sejarah

Related Posts

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

27/03/2025
0

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman...

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

04/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk menggantung pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut...

Next Post
Malaysia Terima Pelaburan RM170 Bilion Dari China, Tertinggi Dalam Sejarah

Malaysia Terima Pelaburan RM170 Bilion Dari China, Tertinggi Dalam Sejarah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd