• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekurangan 19,431 Guru Libatkan Seluruh Negara

oleh Mohd Arshad
01/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kekurangan 19,431 Guru Libatkan Seluruh Negara
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini memaklumkan kekurangan sebanyak 19,431 atau meliputi 4.49 peratus di seluruh negara pada ketika ini membabitkan beberapa mata pelajaran termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying, berkata jumlah pegawai pendidikan yang sedang berkhidmat adalah sebanyak 428,279 dengan KPM sedang dalam perancangan untuk mengadakan pengambilan khas untuk mengisi kekosongan itu yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Kekosongan yang berlaku itu adalah disebabkan daripada persaraan wajib, persaraan pilihan kenaikan pangkat, cuti belajar, cuti tanpa gaji, meletak jawatan dan meninggal dunia.

“Langkah-langkah dalam mengatasi kekurangan guru ini semua kita telah huraikan secara lanjut pada sesi Dewan Rakyat dan KPM sedang dalam perancangan untuk mengadakan pengambilan khas untuk guru-guru ini yang akan diumumkan dalam masa mungkin satu atau dua bulan lagi

“Secara keseluruhan semua negeri memang ada masalah kekurangan guru tidak kira sekolah bandar atau luar bandar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pameran Pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shang Wu di sini, hari ini.

Terdahulu, Hui Ying berkata, tujuan pameran itu diadakan selaras dengan iklan pengambilan guru daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) telah mula dibuka sejak 15 Mac lalu sehingga 14 April ini.

Beliau berkata, pameran itu menyediakan platform kepada pelajar sekolah menengah khasnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk mengetahui dengan lebih mendalam peluang yang disediakan kepada mereka di IPTA selain Kolej Vokasional, Kolej Komuniti, matrikulasi, politeknik dan sebagainya.

Katanya, ia adalah pameran kedua selepas pameran program serupa diadakan di Klang, Selangor dengan pameran seterusnya akan diadakan di Ipoh, Perak pada 7 April dan Batu Pahat, Johor pada 8 April ini dengan KPM turut mengambil maklum terdapat penurunan bilangan pelajar yang melanjutkan pelajaran selepas tamat persekolahan sekolah menengah.

“Kita memang kita tahu sebab itu kita mengadakan pemeran sebegini dan memperbanyakkan program turun ke sekolah untuk menggalakkan murid melanjutkan pelajaran.

“Kalau mereka tidak berminat menjadi guru kita ada banyak pilihan lain meliputi pelbagai bidang seperti rekaan pakaian dan kulinari jadi kita menyeru ibu bapa dan para guru untuk menggalakkan anak-anak meneruskan pelajaran,” katanya.

BHonline-

Tags: Gurukekurangan guruKPM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ab. Rauf Ketua Menteri Melaka Ke-13

Next Post

Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Tangani Isu Doktor Kontrak

Related Posts

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

16/05/2025
0

KUCHING: Permohonan pertukaran guru boleh dibuat selepas berkhidmat cukup dua tahun tanpa syarat adalah antara enam berita gembira diterima warga...

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

16/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Institut Masa Depan Malaysia (MASA) meminta Kementerian Pendidikan (KPM) memperhebat usaha memperkukuh profesionalisme perguruan menerusi inovasi pedagogi, penyediaan...

Next Post
Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Tangani Isu Doktor Kontrak

Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Tangani Isu Doktor Kontrak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd