• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jho Low Bayar AS$20 Juta Untuk Bergambar Dengan Obama

oleh AK-47
19/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jho Low Bayar AS$20 Juta Untuk Bergambar Dengan Obama
Share on FacebookShare on Twitter

Ahli perniagaan dalam buruan Jho Low dikatakan membayar penyanyi rap Pras Michel AS$20 juta untuk bergambar dengan presiden AS Barack Obama pada 2012.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Bloomberg, Michel – yang sedang dibicarakan kerana melobi haram – memberitahu mahkamah bahawa dia diupah oleh Jho Low sebagai “pembantu selebriti” yang mempunyai akses kepada majlis makan malam kutipan dana Obama di Washington DC.

Michel berkata reputasi Jho Low “terlalu panas” untuk mendapat jemputan, tetapi dia sanggup mencuba dengan bayaran.

“Saya pada dasarnya meminta AS$1 juta untuk mula memikirkan bagaimana saya akan mendapatkan gambar ini,” katanya kepada mahkamah, ketika disoal peguamnya.

Akhirnya, Jho Low membayar Michel AS$20 juta dalam tempoh sembilan bulan sebagai bayaran gambar dia diapit oleh Obama dan isterinya Michelle di hadapan pokok Krismas.

Terdahulu pada Julai 2012, Michel terlibat dalam satu lagi kutipan derma untuk Obama di Miami, Florida di mana penyertaan adalah AS$40,000 sekepala tetapi tidak berjaya meyakinkan pasukan kempen Obama untuk menjemput Jho Low.

Sebaliknya, bapa Jho Low – Larry Lau Hock Peng – duduk di sebelah Obama pada satu ketika semasa acara itu.

Menjelang 2012, Jho Low telah pun mendapat reputasi berparti dengan selebriti seperti Paris Hilton.

Pada masa itu, 1MDB – sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan di mana Jho Low mempunyai pengaruh – baru sahaja mengumpulkan AS$1.75 bilion melalui bon yang diatur oleh bank pelaburan AS Goldman Sachs.

Jumlah itu digunakan oleh 1MDB untuk memperoleh aset tenaga tetapi pendakwa AS mendakwa bahawa 40 peratus daripada jumlah itu diseleweng untuk faedah peribadi pegawai di 1MDB dan sekutu mereka.

Pendakwa raya AS telah menuduh Michel bersubahat dengan Jho Low, yang dikehendaki oleh AS kerana mencuri daripada 1MDB, dan pengubahan wang haram, pencabulan kewangan kempen, bertindak sebagai ejen tidak berdaftar untuk negara asing, mengganggu saksi dan berbohong kepada bank.

Michel menghadapi satu lagi tuduhan melobi pegawai dari pentadbiran Donald Trump untuk menggugurkan siasatan ke atas Jho Low.

Setakat ini, perbicaraan itu mendedahkan pertemuan Jho Low dengan selebriti AS Kim Kardashian dan anak tiri bekas perdana menteri Najib Abdul Razak, Riza Aziz.

Perbicaraan itu juga mendedahkan bahawa pelakon ‘The Wolf of Wall Street’ Leonardo DiCaprio bertemu Najib melalui Jho Low.

-Malaysia Kini

Tags: Barack ObamaJho Low
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

08/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd