• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Noor Hisham Bersara Jumaat Ini

oleh Mohd Arshad
19/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dr Noor Hisham Bersara Jumaat Ini
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Selepas 35 tahun berkhidmat dalam sektor kesihatan awam negara, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan bersara wajib pada Jumaat ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dr Noor Hisham dalam ciapannya di Twitter, menzahirkan persaraannya menerusi beberapa rangkap pantun.

“Kapal layar kemudi cermat, bijak nakhoda melawan gelora; 35 tahun setia berkhidmat, tiba detiknya waktu bersara.

“Langit dan mega luas terbentang, kadangnya cerah yang gelap menanti teruskan berjasa pimpinan mendatang, yang patah tumbuh yang hilang berganti,” ciapnya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, merakamkan penghargaan kepada Dr Noor Hisham yang bersara wajib Jumaat ini, selepas 35 tahun menabur khidmat dan bakti dalam bidangnya.

Ahli Parlimen Sekijang itu menyifatkan tempoh pengalaman Dr Noor Hisham amat bermakna dan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membina perkhidmatan kesihatan rakyat Malaysia supaya setanding dengan negara luar.

“Saya percaya khidmat Tan Sri tidak terhenti di sini, bahkan khidmat itu masih diperlukan untuk pembangunan perubatan dan kesihatan negara.

“Saya mewakili pihak Kementerian Kesihatan ingin mengucapkan selamat bersara dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Tan Sri Dr Noor Hisham di atas jasa, khidmat bakti dan sumbangan yang beliau sumbangkan sepanjang perkhidmatan di Kementerian ini,” katanya dalam perkongsian di Facebook.

Dr Noor Hisham menjawat sebagai Ketua Pengarah sejak 2013 dan sepanjang tempoh lebih tiga dekad dalam perkhidmatan cemerlangnya, beliau antara individu penting ketika negara berdepan krisis kesihatan ketika pandemik COVID-19.

Malah, beliau juga dianggap ‘wira’ rakyat melalui pencapaian terbaik pasukan kesihatan di bawah pimpinannya dalam memerangi penularan virus itu.

Beliau turut dianggap wajah penting dalam memberi keyakinan kepada rakyat terutama menerusi usahanya menyalurkan maklumat mengenai COVID-19 sama ada melalui media arus perdana atau di media sosial.

-Berita Harian

Tags: BersaraDr Noor Hisham
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Muhammad Hafizuddeain Mohon Bersara Awal Mulai 1 Januari – Khaled Nordin

Muhammad Hafizuddeain Mohon Bersara Awal Mulai 1 Januari – Khaled Nordin

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan sudah menghantar surat untuk bersara daripada perkhidmatan tentera, bermula...

Azwan Ali Umum ‘Bersara’, Tak Bertanding PRN Sebab Kecewa

Azwan Ali Umum ‘Bersara’, Tak Bertanding PRN Sebab Kecewa

29/07/2023
0

PETALING JAYA : Sering muncul dalam beberapa siri pilihan raya atas tiket bebas, selebriti kontroversi, Azwan Ali mengumumkan sudah ‘bersara’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd