• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dituduh Bocor Rahsia Kerajaan Punca Sanusi Dilarang Hadiri LIMA’23

oleh Mohd Arshad
02/04/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Dituduh Bocor Rahsia Kerajaan Punca Sanusi Dilarang Hadiri LIMA’23
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendedahkan beliau telah dituduh membocorkan rahsia sulit yang menjadi punca mengapa beliau dilarang menghadiri majlis rasmi kerajaan Perpaduan dan Pameran Aeroangkasa dan Maritim Langkawi (LIMA’23).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Muhammad Sanusi berkata, tuduhan itu dibuat berdasarkan ceramahnya di Sungai Besar, Selangor selepas menghadiri menyuarat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua MB dan Ketua Menteri di Parlimen.

Mengimbau semula tuduhan itu, Muhammad Sanusi berkata, sebelum itu satu mesyuarat dengan beberapa kementerian yang terlibat dengan LIMA’23 telah didadakan di Langkawi ketika dia menunaikan umrah.

“Ketika itu semua agensi dipanggil termasuk pejabat MB tetapi wakil saya tak dapat hadir kerana pergi menunaikan umrah bersama saya.

“Balik dari Mekah, Setiausaha Kerajaan Negeri hadir untuk mesyuarat kali kedua di Langkawi dan ketika itu minit mesyuarat pertama mengatakan beberapa keputusan mengenai program kementerian telah dibuat dan akan dirasmikan oleh MB Kedah,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di Facebook.

Menurut Muhammad Sanusi, tidak lama kemudian seorang pegawai kanan kerajaan memberitahu minit terpaksa dipinda dan semua program yang sepatutnya dihadiri dan dirasmikan oleh beliau akan digantikan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Tambahnya, selepas diteliti, alasan yang diberikan ialah kerana beliau dikatakan telah membocorkan rahsia kerajaan.

“Apa rahsia itu? Ni saya nak bagitahu. Satu hari saya pergi mesyuarat di Parlimen bersama PM dan menteri di Parlimen. Mesyuarat itu sepatutnya dibuat di Putrajaya tetapi dipindahkan ke Parlimen kerana persidangan Dewan Rakyat sedang berlangsung di situ.

“Ia mesyuarat yang biasa dibuat sempena Mesyuarat Raja-Raja Melayu. Dalam mesyuarat itu dibincangkan mengenai agenda pembangunan negeri. Ada dua pembentangan iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Kewangan (MOF),” katanya.

Ujar Muhammad Sanusi, KPKT dibentangkan oleh pegawai tetapi MOF dibentangkan sendiri oleh menterinya kerana Ketua Setiausaha Perbendaharan belum dilantik ketika itu.

“Tetapi jadi lain kerana apa yang dibentang dan apa yang ditulis di dalam kertas yang diedarkan kepada semua tidak sama. Ia bukan jadi pembentangan tetapi syarahan.

“Saya mesej kawan saya dalam mesyuarat itu kata ini bukan pembentangan tapi syarahan,” katanya.

Dakwa Muhammad Sanusi, selepas itu, dia bergegas ke Sungai Besar untuk menyampaikan ceramah dan ketika itu dia telah memberitahu hadirin bahawa dia baru pulang daripada mesyuarat itu.

“Saya kata siapa yang bentang dan mengenai apa tetapi bukan isi yang ada di dalam kertas. Inilah tuduhan mengatakan saya telah membocorkan rahsia kerajaan.

“Siapa bentang dan mesyuarat itu bukan rahsia sebaliknya apa yang ditulis itu sebenarnya rahsia. Saya hanya bagitahu siapa yang bentang bukan apa yang dibentang,” tegasnya.

Bagaimanapun, Muhammad Sanusi berkata, beliau akan tetap memastikan LIMA’23 akan berjalan dengan lancar dan menjadi kenangan terindah sepanjang hayat mereka.

“Saya akan memastikan semua pihak memberikan komitmen 100 peratus untuk acara itu berjalan dengan sempurna dan lancar pada 23 hingga 27 Mei ini.

Katanya, Syarikat Air Darul Aman telah diarahkan untuk memastikan bekalan air bersih ke Langkawi dalam tempoh itu tidak terganggu walaupun akan menghadapi peningkatan penggunaan mendadak.

“Ia selaras dengan sabdaan Nabi SAW supaya orang beriman sentiasa memuliakan dan tidak menyakiti jirannya,” katanya.

-Kosmo Online

Tags: LIMA’23Rahsia KerajaanSanusi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Beli Nombor Ekor, Cari Duit Raya, Katanya

Next Post

45 Peniaga Kena Kompaun Serta-Merta

Related Posts

Sanusi Sahkan Beristeri Dua, Isteri Pertama Pergi Meminang

Sanusi Sahkan Beristeri Dua, Isteri Pertama Pergi Meminang

04/09/2024
0

KUALA NERANG - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan kini beristeri dua. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Sanusi Harap Wakil UMNO Boleh Jadi Calon DAP Suatu Masa Nanti

Sanusi Harap Wakil UMNO Boleh Jadi Calon DAP Suatu Masa Nanti

04/08/2024
0

PAS mencabar Umno supaya meletakkan calon untuk mewakili DAP seperti mana PAS dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Kecil (DUN) Nenggiri....

Next Post
45 Peniaga Kena Kompaun Serta-Merta

45 Peniaga Kena Kompaun Serta-Merta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd