• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Basikal Lajak: Ke Ting Lepas, Bebas Pertuduhan

oleh Mohd Arshad
11/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Basikal Lajak: Ke Ting Lepas, Bebas Pertuduhan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita Sam Ke Ting daripada sabitan dan hukuman dalam kes lajak basikal yang menyebabkan kematian lapan remaja enam tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Keputusan sebulat suara itu dibuat tiga panel hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail selepas membenarkan rayuan akhir Ke Ting, 28, untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkannya atas kesalahan itu.

“Ketika Mahkamah Tinggi mensabitkan perayu atas pertuduhan itu, hakim hanya memfokuskan pada pemandu tapi bukan kepada kumpulan lajak basikal itu. Berlainan dengan Mahkamah Majistret yang membuat penilaian secara maksimum dengan memfokuskan semua sudut yang mana kemalangan ini mustahil dapat dielakkan.

“Satu cara untuk mengelak kemalangan adalah kereta itu “terbang” ketika melalui kumpulan basikal lajak. Memang nampak kelakar tapi dapatan Mahkamah Majistret itu adalah tepat kerana tiada cara lain hendak mengelak kemalangan itu,” kata hakim Hadhariah.

Dua lagi panel hakim yang turut bersidang ialah hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk Hashim Hamzah.

Dalam prosiding hari ini, Ke Ting selaku perayu diwakili peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik manakala pendakwaan selaku responden diwakili
Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman.

Untuk rekod, pada 28 Oktober 2018, Mahkamah Majistret Johor Bahru membebaskan perayu tanpa memerintahkan membela diri terhadap pertuduhan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian lapan remaja di Jalan Lingkaran Dalam pukul 3.20 pagi pada 18 Februari 2017.

Lapan remaja yang maut dalam tragedi itu ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14, Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14, Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16, Fauzan Halmijan, 13,Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14, Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Kemudian pada 2019, Hakim Mahkamah Tinggi Dr. Shahnaz Sulaiman membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mengembalikan semula kes itu ke Mahkamah Majistret serta mengarahkan Ke Ting untuk membela diri, bagi pertuduhan memandu secara melulu.

Majistret Siti Hajar Ali yang mendengar kes itu pada 2019, buat kali kedua sekali lagi melepas dan membebaskan Ke Ting pada akhir kes pembelaan, menyebabkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan kedua ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun pada 13 April tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abu Bakar Katar membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mensabitkan kesalahan memandu secara melulu dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000.

Ke Ting kemudian mendapat kebenaran daripada Mahkamah Rayuan pada 18 April tahun lalu untuk merayu terhadap sabitan dan hukuman penjara.

Kosmo-

Tags: basikal lajakbebas pertuduhanSam Ke Ting
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPM Umum Cuti Khas 19 April

Next Post

Dakwaan Bina Sebuah Bilik Darjah Sehingga RM2.6 Juta Tidak Tepat – Fadhlina

Related Posts

Peguam Bela Sam Ke Ting Dakwa Pertuduhan Cacat

Peguam Bela Sam Ke Ting Dakwa Pertuduhan Cacat

31/03/2023
0

PUTRAJAYA - Hukuman dibuat mahkamah sebelum ini terhadap kerani wanita, Sam Ke Ting dilihat berdasarkan pertuduhan cacat sekali gus membawa...

Kes Basikal Lajak: Kerani Wanita Diwakili Peguam Terkemuka

Kes Basikal Lajak: Kerani Wanita Diwakili Peguam Terkemuka

17/03/2023
0

PUTRAJAYA: Rayuan akhir kerani wanita, Sam Ke Ting terhadap sabitan dan hukuman penjara serta denda melibatkan kes basikal lajak yang...

Next Post
Dakwaan Bina Sebuah Bilik Darjah Sehingga RM2.6 Juta Tidak Tepat – Fadhlina

Dakwaan Bina Sebuah Bilik Darjah Sehingga RM2.6 Juta Tidak Tepat - Fadhlina

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd