• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan Khas Aidilfitri Dibayar 17 April

oleh Mohd Arshad
06/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bantuan Khas Aidilfitri Dibayar 17 April
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 3.5 juta penerima pada 17 April ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata penerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini merangkumi penjawat awam, pesara kerajaan, pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan.

Katanya, turut tersenarai ialah anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM), sukarelawan polis dan bomba.

Beliau berkata, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri itu membabitkan peruntukan RM1.572 bilion.

“Penjawat awam akan menerima RM700 dengan peruntukan RM988 juta membabitkan 1.4 juta penerima manakala sejuta pesara kerajaan akan menerima RM350 dengan peruntukan RM350 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Bank Simpanan Nasional (BSN), hari ini.

Ahmad Maslan berkata, kerajaan turut memperuntukkan RM170 juta kepada 850,000 pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan yang akan menerima sumbangan bantuan khas RM200 seorang.

Katanya, anggota RELA, sukarelawan APM, sukarelawan polis dan bomba bakal menerima RM300 membabitkan 213,000 penerima dengan peruntukan berjumlah RM64 juta.

“Ini adalah bukti kerajaan prihatin dan sentiasa ingin membantu semua pihak dalam meringankan beban.

“Pembayaran akan mula dibuat 17 April ini sebelum Aidilfitri,” katanya.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini mengumumkan empat inisiatif tambahan dalam Belanjawan 2023, antaranya membabitkan bantuan Aidilfitri.

-Berita Harian

Tags: bantuan khasBantuan Khas Aidilfitri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

15,000 Banduan, Bekas Banduan Disasar Dapat Kerja Tahun Ini

Next Post

Syarikat Orang Tengah LCS Dilupuskan – Menteri Pertahanan

Related Posts

Selepas Hartawan Singapura, Lebih Ramai Lagi Individu Akan Dipanggil SPRM

Cuepacs Gesa Kerajaan Beri Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Penjawat Awam

15/03/2024
0

IPOH - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengulangi gesaan supaya kerajaan Persekutuan memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri...

Diskaun PTPTN Tidak Diteruskan – Menteri

Selangor Umum Pengecualian Cukai, Bantuan Khas

04/10/2023
0

SHAH ALAM: Sebanyak 426,656 rumah kos rendah di seluruh negeri dikuatkuasakan pengecualian cukai untuk penggal kedua bagi tempoh 1 Julai...

Next Post
Syarikat Orang Tengah LCS Dilupuskan – Menteri Pertahanan

Syarikat Orang Tengah LCS Dilupuskan – Menteri Pertahanan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd