• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Pulang Selepas Lawatan 3 Hari Ke Labuan

oleh Mohd Arshad
02/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Agong, Raja Permaisuri Berangkat Pulang Selepas Lawatan 3 Hari Ke Labuan
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat pulang hari ini selepas lawatan khas tiga hari ke Wilayah Persekutuan Labuan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pesawat khas membawa pasangan diraja itu berlepas pulang pada jam 10.06 pagi selepas ketibaan baginda berdua di Lapangan Terbang Labuan di sini, disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Hadir sama di lapangan terbang bagi mengucapkan selamat jalan ialah Datuk Anifah Aman, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abd Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar, Panglima Wilayah Udara 2 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Datuk Wan Amin Hafiz Wan Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail, Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila dan ketua jabatan kerajaan.

Pasangan diraja tiba di Labuan pada Jumaat lalu dan ia lawatan kedua baginda berdua dengan yang pertama pada 2019.

-Berita Harian

Tags: AgongLabuanraja permaisuri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Kurnia Kebenaran Guna Dua ‘Airboat’ Milik Peribadi Bantu Operasi Banjir

Agong Kurnia Kebenaran Guna Dua ‘Airboat’ Milik Peribadi Bantu Operasi Banjir

04/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan kebenaran kepada Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan dua ‘airboat’ berkuasa tinggi...

Mayat Kanak-kanak Ditemui Dalam Kereta Ditinggalkan Di Labuan

Mayat Kanak-kanak Ditemui Dalam Kereta Ditinggalkan Di Labuan

28/11/2025
0

LABUAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan maut dalam kereta yang ditinggalkan di kawasan perindustrian Kampung Muslim, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd