• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ab. Rauf Sahkan Melaka Bentuk Kerajaan Perpaduan

oleh Mohd Arshad
01/04/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Ab. Rauf Sahkan Melaka Bentuk Kerajaan Perpaduan
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Konsep kerajaan perpaduan seperti mana diamalkan di peringkat Persekutuan akan diterjemahkan dalam pembentukan kerajaan negeri yang baharu di bawah kepemimpinan Ketua Menteri Melaka Ke-13, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini bermakna barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang bakal diumumkan Ab. Rauf berkemungkinan esok atau lusa turut dianggotai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH).

Ab. Rauf berkata, kerajaan perpaduan yang dibentuk adalah hasil muafakat bersama parti-parti politik yang mempunyai mandat kuat untuk berkhidmat kepada rakyat Melaka.

“Ingin saya tegaskan, kerajaan baharu Melaka ini adalah sebuah kerajaan negeri yang kukuh dan stabil. Ia adalah kerajaan perpaduan yang dibentuk hasil muafakat bersama antara parti-parti politik yang mempunyai mandat yang kuat untuk berkhidmat kepada rakyat Melaka.

“Saya juga akan memastikan barisan Exco yang akan dibentuk adalah lebih inklusif dan mencerminkan kerajaan perpaduan di Putrajaya. Ingin saya tegaskan di sini, segala perancangan dan pembangunan yang mesra rakyat akan diteruskan demi merancakkan lagi ekonomi negeri ini,” katanya yang juga ADUN Tanjung Bidara.

Semalam, Ab. Rauf mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka, Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, kira-kira pukul 3.33 petang.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di Dewan Seri Utama.

Tambah Ab. Rauf, Pelan 100 Hari (100 Day Plan) kerajaan negeri pimpinannya akan merangka usaha ke arah menjana lebih banyak pelaburan dan pekerjaan untuk Melaka.

“Rakyat Melaka dahagakan pembangunan. Mereka mahu melihat kemudahan hospital, kemudahan sekolah, peluang berniaga dan peluang pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik,” jelasnya.

UtusanOnline-

Tags: Ab. Rauf Yusohkerajaan perpaduanKetua Menteri Melaka Ke-13
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zahid Dedah Wujud Usaha Keluarkan BN Dari Kerajaan Perpaduan

Zahid Dedah Wujud Usaha Keluarkan BN Dari Kerajaan Perpaduan

01/12/2024
0

SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada usaha membawa keluar Barisan Nasional (BN) daripada Kerajaan...

BN Tekad Bawa Politik Sederhana Bersama Kerajaan Perpaduan – Zambry

BN Tekad Bawa Politik Sederhana Bersama Kerajaan Perpaduan – Zambry

29/09/2024
0

SHAH ALAM - Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan memperkuatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd