• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Ditahan Merusuh

oleh AK-47
07/04/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
6 Ditahan Merusuh
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Enam suspek dipercayai merusuh ditahan dalam lima serbuan di sini sejak semalam hingga awal pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua suspek adalah lelaki berusia 21 hingga 26 tahun.

“Dalam serbuan dari 4.30 petang semalam hingga 2 pagi tadi, kita menahan enam suspek dipercayai terlibat dalam kes merusuh dan mendatangkan kecederaan.

“Dalam serbuan tersebut pihak polis juga merampas enam telefon bimbit pelbagai jenis dan dua batang besi yang digunakan dalam rusuhan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Raub, polis sedang mengesan beberapa lagi suspek dipercayai terlibat dalam kes ini.

Katanya kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati empat individu yang ditahan itu tidak mempunyai rekod jenayah, manakala dua orang lagi suspek masing-masing mempunyai dua rekod kes dadah.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi terus di talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan 07-2182323 atau pegawai penyiasat kes Inspektor Anthony di talian 013- 5781125,”katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, tular video 30 saat menunjukkan sekumpulan lelaki merosakkan kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum bergaduh.

-Harian Metro

Tags: MerusuhTahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

02/02/2026
0

Kuala Lumpur: Dua lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta di tempat awam di Jalan Taman Intan...

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

06/12/2025
0

Kulai: Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bersama rampasan dadah di Taman Sungai Mas di sini, kelmarin. Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd