• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Beradik Sempat Diselamatkan Bomba Selepas Pengsan Ketika Rumah Terbakar

oleh Mohd Arshad
15/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
2 Beradik Sempat Diselamatkan Bomba Selepas Pengsan Ketika Rumah Terbakar
Share on FacebookShare on Twitter

Pasir Gudang : Dua beradik yang pengsan ketika rumah dihuni di Jalan Tembikai 17, Taman Kota Masai di sini, terbakar awal pagi semalam, berjaya diselamatkan anggota bomba yang tiba tepat pada masanya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kebakaran membabitkan tiga rumah teres di lokasi berkenaan.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang Sarhan Akmal Mohamad berkata, dua beradik itu membabitkan Azian Zainalabidin, 20, serta Murni Atikah, 25, dan ketika kejadian, mereka sedang tidur di tingkat rumah.

“Kami menerima panggilan kebakaran jam 3.37 pagi. Seramai 21 anggota BBP Pasir Gudang dan BBP Johor Jaya dikerah ke lokasi.

“Pasukan keluaran operasi (PKO) yang tiba di lokasi dimaklumkan berkaitan keadaan dua beradik berkenaan.

“Kami terus masuk ke rumah dan semasa diselamatkan, kedua-dua beradik berkenaan pengsan. Kami memberikan bantuan awal kecemasan dan mereka kemudiannya berada dalam keadaan separa sedar,” katanya dihubungi.

Menurut beliau, kedua-duanya terus dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut.

Sarhan Akmal berkata, tujuh sekeluarga mendiami rumah terbabit ketika kejadian.

Katanya, pihaknya dimaklumkan, kesemua mangsa sudah keluar sebelum menyedari dua beradik berkenaan masih berada di dalam rumah.

“Berdasarkan maklumat jiran, ia berpunca daripada garaj rumah berkenaan. Bagaimanapun, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

“Turut terbakar ialah Toyota Yaris, Toyota Avanza, Proton Saga serta tiga motosikal,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Bombarumah terbakar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Dipenjara 10 Tahun, Amang Seksual Fizikal Anak Saudara

Next Post

Bekalan Barangan Asas Cukup Menjelang Aidilfitri

Related Posts

Bomba Guna Water Bombing Padam Kebakaran Hutan Tebuk Panchor

Bomba Guna Water Bombing Padam Kebakaran Hutan Tebuk Panchor

02/08/2025
0

Bagan Serai: Operasi memadam kebakaran di Hutan Tebuk Panchor, Gunung Semanggol, di sini, yang masuk hari ketiga masih diteruskan, hari...

Kebakaran Saluran Paip Gas, 7 Mangsa Diselamatkan – Bomba

Kebakaran Saluran Paip Gas, 7 Mangsa Diselamatkan – Bomba

01/04/2025
0

SUBANG JAYA: Tujuh mangsa, termasuk dua warga Malaysia diselamatkan susulan kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas PETRONAS di Jalan Putra...

Next Post
Bekalan Barangan Asas Cukup Menjelang Aidilfitri

Bekalan Barangan Asas Cukup Menjelang Aidilfitri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd