• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Hamidi Jamin, Penubuhan Kerajaan Perpaduan Tidak Berlaku Di Johor

oleh Mohd Arshad
30/03/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Zahid Hamidi Jamin, Penubuhan Kerajaan Perpaduan Tidak Berlaku Di Johor
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan, penubuhan Kerajaan Perpaduan seperti yang berlaku di Melaka, tidak mungkin berlaku di negeri lain, termasuk Johor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan termasuk di Johor.

Katanya, ia berikutan spekulasi sebegitu tidak baik untuk kestabilan politik di peringkat nasional, apatah lagi negeri.

“Mengapa perlu ada kebimbangan. Sebenarnya apa yg berlaku di Melaka tidak kena mengena dengan situasi negeri lain.

“Jadi suasana politik di negeri lain mungkin berbeza dengan apa yang berlaku di Melaka. Saya harap tiada sebarang spekulasi yang wujud sebab yang penting adalah kestabilan politik bukan sahaja di peringkat nasional tetapi kita yakin kestabilan juga perlu diwujudkan di setiap negeri

“Apa yang penting rakyat mengharapkan kestabilan ini akan membawa pelaburan daripada luar. Kestabilan juga membawa peluang ekonomi atas dasar kepercayaan untuk peniaga secara domestik atau luar negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Sungai Gersik, di sini, hari ini.

Hadir sama, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang juga Menteri Pendidikan Tinggi dan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Isnin lalu, Ahmad Zahid dilaporkan memberi bayangan akan berlaku perubahan struktur pentadbiran kerajaan negeri menerusi pembentukan Kerajaan Perpaduan di Melaka.

Presiden UMNO itu turut dilaporkan mengesahkan kerajaan ketika ini menuju kepada usaha pembentukan itu.

“Insya-Allah, di Melaka belum terbentuk Kerajaan Perpaduan tapi (kita) ke arah itu,” katanya.

UMNO dilaporkan mencadangkan nama Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13.

Ia susulan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri ke-12, semalam.

Mengulas lanjut mengenai pembentukan kerajaan Perpaduan termasuk di Johor, Ahmad Zahid berkata, Johor mempunyai acuannya tersendiri dalam melaksanakan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri.

“Saya dimaklumkan di peringkat Johor ia dilaksana menerusi kaedah negeri Johor sendiri.

“Di mana kerajaan negeri telah berikan peruntukan bersesuaian kepada semua Ahli Dewan Undangan (ADUN) negeri.

“Ini tentunya akan memberikan optik yang baik kepada kerajaan Johor dan tentunya akan dapat beri keseimbangan antara kerajaan negeri diwakili ADUN Barisan Nasional (BN), ADUN parti gabungan lain termasuk yang tidak bersama kerajaan Persekutuan,” katanya.

BHonline-

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiJohorkerajaan perpaduan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lubang Besar 20 Kali Ganda Saiz Bumi Dikesan Pada Matahari

Next Post

Penganjur Tak Mohon Kepada Naib Canselor

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

Next Post
Penganjur Tak Mohon Kepada Naib Canselor

Penganjur Tak Mohon Kepada Naib Canselor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd