• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Dikecualikan: ‘Ahli Tak Puas Hati Boleh Bawa Ke Mahkamah’

oleh AK-47
08/03/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
UMNO Dikecualikan: ‘Ahli Tak Puas Hati Boleh Bawa Ke Mahkamah’
Share on FacebookShare on Twitter

Keputusan memberi pengecualian kepada Umno mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) berhubung pemilihan parti itu adalah terpakai, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Saifuddin berkata sekiranya ahli Umno yang membawa isu berkenaan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum ini tidak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka boleh membawanya ke mahkamah.

“Ahli parti setelah membawa kes ke ROS, dan ROS memberi satu keputusan ataupun menteri telah memberi keputusan dan dia tak puas hati, dia boleh bawa ke mahkamah. Prosesnya dia kena angkat asas kenyataan dia, sediakan affidavit, kemudian pihak siapa dinamakan defendan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Bangunan Parlimen hari ini.

Terdahulu ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat dasar bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN), Saifuddin berkata pengeculian yang diberikan kepada Umno itu dibuat berdasarkan Seksyen 70 Akta 832.

“Seksyen 70 akta itu memberi (kuasa) secara khusus kepada menteri untuk membuat beberapa pengecualian dan keputusan yang saya buat terarah kepada pengecualian pematuhan Seksyen 13 akta yang sama,” katanya.

Saifuddin dalam kenyataan semalam berkata KDN memberi pengecualian kepada Umno daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832, berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden pada pemilihan parti itu tahun ini.

Pengecualian itu diberi mengikut Seksyen 70 akta berkenaan yang memperuntukkan menteri boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan berdaftar daripada semua atau mana-mana peruntukan dalam Akta 832.

-Malaysia Kini

Tags: mahkamahSaifuddin NasutionUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd