• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO, BN Kenal Pasti Calon Hadapi PRN Selepas Sabtu Ini

oleh Mohd Arshad
15/03/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
UMNO, BN Kenal Pasti Calon Hadapi PRN Selepas Sabtu Ini
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Penelitian calon untuk Barisan Nasional (BN) berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) hanya akan dibuat selepas pemilihan UMNO selesai Sabtu ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tokoh yang menang dalam Puteri, Pemuda dan Wanita juga turut diteliti sebagai calon.

“Tiga perkara yang menjadi kriteria utama untuk menjadi calon iaitu boleh menang, disukai dan diterima semua.

“Itu semua akan diteliti selepas Sabtu ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengenalan Calon-Calon Pemilihan UMNO 2023-2026, di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada barisan kepimpinan baharu nanti akan mengukuhkan lagi kekuatan UMNO berdepan PRN, Ahmad Zahid berkata, sudah tentu itu menjadi harapannya.

“Saya mempunyai slogan UMNO Bangkit 2.0 dan saya menggariskan lima hala tuju baharu parti dan didalamnya terdapat 21 langkah yang kita susun.

“Saya mahu memberikan kuasa kepada Timbalan Presiden, Naib Presiden serta Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk menterjemahkan pelaksanaan 21 langkah itu.

“Jika langkah itu perlu ditambah, saya sedia terima cadangan dengan syarat mereka bersetuju dengan petunjuk prestasi utama (KPI) yang diletakkan itu harus dicapai,” katanya.

BHonline-

Tags: BNDatuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiPRNUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd