• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Bank Setuju Beri Moratorium Kepada Mangsa Banjir – PM

oleh AK-47
07/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiga Bank Setuju Beri Moratorium Kepada Mangsa Banjir – PM
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Tiga buah bank bersetuju untuk memberikan moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa banjir di Johor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiga buah bank itu adalah Malayan Banking Bhd (Maybank), CIMB Bank Bhd (CIMB) dan Agrobank.

“Dengan langkah ini, semalam dan hari ini kita menghubungi bank-bank lain supaya mengikuti langkah yang diambil,” katanya semasa pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) yang meminta penjelasan kerajaan mengapa masih tidak melaksanakan darurat banjir khususnya di Johor dengan jumlah mangsa banjir terus melonjak di pusat pemindahan sementara (PPS).

Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa Anwar agar mempertimbangkan moratorium antara tiga hingga enam bulan diberikan kepada mangsa banjir di negeri ini.

Katanya, moratorium itu akan dapat meringankan bebanan mangsa banjir yang mempunyai pinjaman daripada institusi perbankan.

Menyentuh mengenai darurat banjir, Anwar berkata, tidak ada keperluan untuk melaksanakannya kerana kawasan yang dahulunya terputus dapat dihubung kembali.

“Di kawasan Felda yang terputus lalu lintas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) segera membina Jambatan Bailey,” katanya.

Anwar juga mengucapkan penghargaannya kepada seluruh jentera kerajaan yang disifatkannya sebagai berkesan dan telah bersedia daripada awal.

“Di Johor, persiapan oleh jentera persekutuan, negeri dan daerah nampak lebih berkesan serta dapat menyelamatkan banyak nyawa di samping memberikan bantuan segera,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Banjirmangsa banjirmoratoriumpm
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Ahli Politik Indonesia Sibuk Nasihat Mengenai Kayu Balak, Nasib Mangsa Banjir Dipersoal

Ahli Politik Indonesia Sibuk Nasihat Mengenai Kayu Balak, Nasib Mangsa Banjir Dipersoal

21/12/2025
0

KENYATAAN anggota DPR Indonesia, Alex Indra Lukman, yang menegur orang ramai agar tidak mengambil kayu gelondongan sisa banjir kerana ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd