• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suntikan Polio Untuk 4 Juta Kanak-kanak

oleh Mohd Arshad
30/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Suntikan Polio Untuk 4 Juta Kanak-kanak
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA: Kerajaan wilayah Jawa Barat akan memulakan kempen pelalian polio pada 3 April, selepas pihak berkuasa mengesahkan seorang kanak-kanak di daerah Purwakarta dijangkiti penyakit itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam satu kenyataan, Gabenor Ridwan Kamil berkata, gerakan imunisasi selama sebulan itu menggunakan vaksin polio oral yang dititiskan ke dalam mulut, menyasarkan empat juta kanak-kanak.

“Perkhidmatan Kesihatan Jawa Barat akan mengetuai kempen itu dengan sokongan daripada Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk membasmi polio,” katanya.

Kempen pelalian itu dijalankan selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dari kampung Tegal Datar, mukim Maniis, disahkan menghidap ‘Vaccine-Derived Poliovirus Type-2’, pada 14 Mac.

Seminggu kemudian, Kementerian Kesihatan mengumumkan pihaknya memantau rapat 20 kanak-kanak yang terdedah kepada kanak-kanak itu.

Polio ialah virus yang berjangkit yang disebarkan melalui air atau makanan yang tercemar atau sentuhan dengan orang yang dijangkiti, dengan kebanyakannya menyerang kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang boleh menyebabkan lumpuh.

Tahun lalu, lebih 1.2 juta kanak-kanak di wilayah Aceh divaksinasi, berikutan penemuan empat kes polio di daerah Pidie pada awal November.

Indonesia disahkan bebas daripada virus polio liar oleh WHO pada tahun 2015, tetapi liputan pelalian yang rendah di negara ini, terutama semasa pandemik, membantut usaha ke arah pembasmian polio.

Bernama-

Tags: Jakartasuntikan Poliowho
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

19/07/2025
0

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan penolakan terhadap pindaan peraturan kesihatan antarabangsa yang diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan...

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

14/12/2024
0

LONDON - Kadar kematian lemas global menurun 38 peratus sejak 2000, namun lebih 7.2 juta orang kebanyakannya kanak-kanak, masih berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd