• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasat Isu Filem Mentega Terbang Ikut Akta FINAS 1981

oleh Mohd Arshad
06/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Siasat Isu Filem Mentega Terbang Ikut Akta FINAS 1981
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) membuat siasatan menyeluruh terhadap syarikat produksi, Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment yang menghasilkan filem kontroversi, Mentega Terbang, berdasarkan Akta FINAS 1981.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pegawai Operasi (CEO) FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim berkata, siasatan badan itu hanya membabitkan perkara termaktub di bawah Akta FINAS 1981, bukannya aspek di luar bidang kuasa agensi berkenaan.

“Saya ingin memaklumkan FINAS memandang serius mengenai perkara ini (kontroversi filem Mentega Terbang) dan saya sudah mengarahkan siasatan penuh dibuat terhadap penerbitan filem berkenaan.

“Proses siasatan yang sedang dibuat selari dengan Akta FINAS 1981 terutama perkara yang membabitkan peraturan pengeluaran dan tayangan filem.

“Bagaimanapun, siasatan tidak menjurus kepada kandungan filem. Ini berikutan mana-mana filem yang tidak disiarkan di panggung wayang, tidak tertakluk di bawah bidang kuasa FINAS,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Md Nasir turut mengingatkan pembikin filem agar lebih peka dan tidak menyentuh isu sensitif ketika berkarya.

“Saya ingin menasihatkan semua penggiat industri lebih berhati-hati dalam menghasilkan karya kreatif.

“Patuhi garis panduan dan undang-undang yang dikuatkuasakan selain cakna kepada sensitiviti rakyat Malaysia yang merangkumi pelbagai latar belakang agama, bangsa dan budaya,” katanya.

Sebelum ini, BH Online melaporkan, FINAS mendapati Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment tidak memohon Surat Perakuan Penggambaran (SPP) selain tiada lesen pengeluaran filem daripada agensi terbabit.

Filem Mentega Terbang arahan sutradara muda, Mohd Khairi Anwar Jailani, tular selepas dikecam mengandungi babak didakwa seakan-akan mempersendakan Islam dan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Filem berdurasi sejam 45 minit itu menjadi bualan hangat kerana mengandungi babak seorang bapa yang berfikiran terbuka apabila tidak menghalang anak memilih agama, di mana perbuatan itu bertentangan dengan Islam.

Selain itu dialog watak kanak-kanak perempuan bernama Aishah menjadi perdebatan kerana dianggap boleh menimbulkan keraguan dalam kalangan penonton.

BHonline-

Tags: Akta FINAS 1981Filem Mentega Terbang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Filem Mentega Terbang Diwarta Haram

Filem Mentega Terbang Diwarta Haram

13/09/2023
0

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan penayangan filem kontroversi, Mentega Terbang di negara ini. Perkara itu diputuskan menerusi warta bertarikh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd