• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saudi Lancar Aplikasi Nusuk Versi Bahasa Melayu

oleh Mohd Arshad
03/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Saudi Lancar Aplikasi Nusuk Versi Bahasa Melayu
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Tidak sampai lima hari pengumuman dibuat, kerajaan Arab Saudi melancarkan aplikasi bersepadu, Nusuk dalam versi bahasa Melayu sepenuhnya hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd. Sham berkata, peluncuran versi bahasa kebangsaan itu bakal memberi kemudahan kepada semua operator umrah untuk merancang pakej dengan kos berpatutan.

Pada 27 Februari lalu, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq Fawzan Mohammed Al Rabiah menyatakan pihaknya sedia melancarkan Nusuk berbahasa Melayu sepenuhnya ketika sidang akhbar bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Nusuk dilancarkan pada 18 November 2022 bagi menggantikan aplikasi Eatmarna, tetapi ketika itu cuma ada dalam empat bahasa iaitu Arab, Inggeris, Rusia dan Indonesia sahaja dengan menawarkan lebih 120 perkhidmatan berkaitan urusan umrah, haji, ziarah dan percutian termasuk isu visa, penerbangan dan penginapan.

Lebih unik, selain dalam bahasa Melayu, kerajaan Arab Saudi turut meluncurkan secara serentak pada hari ini Nusuk bagi versi bahasa Perancis, Sepanyol, Jerman dan Turkiye.

Razali berkata, beliau minta kesemua 1,050 ahli Papuh mendaftar segera dengan Nusuk berbahasa Melayu bagi mendapatkan sebarang pakej yang munasabah untuk mengelak agensi dari Malaysia menjadi mangsa apabila tempahan hotel yang sudah dibuat lebih awal namun tiba-tiba dibatal pula dan diberi kepada pihak lain.

Malah ujarnya, mereka boleh membuat aduan rasmi kepada pihak berkuasa Arab Saudi terus melalui Nusuk kerana segala rekod terdapat dalam aplikasi itu sebagai rujukan kes.

Pada masa sama, agensi boleh memilih hotel dengan harga rendah dan tidak perlu risau kenaikan kadar penginapan melonjak susulan permintaan tinggi jemaah dari serata dunia.

Terdapat kira-kira 2,500 buah hotel di Mekah dan hampir 1,000 buah premis berkenaan di Madinah yang berdaftar dengan pihak Kementerian Pelancongan Arab Saudi setakat ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati harga bilik dipaparkan Nusuk cukup murah untuk pakej asas selama lima hari di Mekah dengan ada serendah 840 riyal (kira-kira RM1,005) meliputi bilik jenis quad yang kelazimannya boleh memuatkan empat orang, kos visa, pengangkutan secara kumpulan dan insurans perubatan wajib setiap jemaah.

Walau bagaimanapun, tawaran ini tidak merangkumi caj tiket penerbangan pergi balik manakala pakej mahal pula ada yang disediakan Nusuk dengan harga 3,075 riyal (RM3,680) membabitkan penginapan di hotel bertaraf tiga bintang masing-masing selama tiga malam di Mekah dan Madinah termasuklah lawatan ke tanah tinggi peranginan terkenal, Taif.

-Utusan Online

Tags: NusukSaudi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kebakaran Besar Di Tapak Pembinaan Bangunan 42 Tingkat

Next Post

Lagi Penempatan Haram Pati Digempur

Related Posts

Trump Gesa Apple Bantu Akses Data iPhone Penembak Saudi

15/01/2020
0

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, semalam menggesa Apple membantu pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengakses data yang terdapat...

Sambutan Hari Kebangsaan Arab Saudi

24/09/2017
0

RIYADH - Kira-kira 1.5 juta warganegara Arab Saudi bakal memeriahkan pelbagai acara yang diadakan selama empat hari di 17 bandar...

Next Post
Lagi Penempatan Haram Pati Digempur

Lagi Penempatan Haram Pati Digempur

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd