• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambutan Dos Penggalak Masih Kurang Memuaskan – Dr Zaliha

oleh Mohd Arshad
08/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sambutan Dos Penggalak Masih Kurang Memuaskan – Dr Zaliha
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 masih kurang memuaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata bagaimanapun pengambilan dos penggalak menunjukkan peningkatan di seluruh negara berikutan kempen yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM).

“… dos penggalak pertama itu kita ada peningkatan daripada 49.9 peratus kepada lebih 50 peratus sekarang dan dos penggalak kedua daripada 1.9 peratus kini kita telah dapat 2.2 peratus dalam beberapa minggu lepas,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Dr Zaliha menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang bertanyakan sama ada kerajaan berpuas hati dengan sambutan rakyat terhadap dos penggalak.

Beliau berkata bagi menggalakkan pengambilan dos penggalak, KKM telah mengambil langkah antaranya membenarkan tempahan janji temu melalui aplikasi MySejahtera tanpa terikat dengan waktu dan tempat serta menawarkan perkhidmatan vaksinasi dos penggalak secara walk-in atau jumpa terus kepada golongan berisiko tinggi.

Sementara itu, beliau memaklumkan trend jumlah kes jangkitan COVID-19 dalam tempoh sebulanpertama 2023 adalah dalam keadaan stabil, dengan pelaporan harian kes COVID-19 dalam negara sejak sebulan lepas kekal dalam lingkungan 500 kes dan menunjukkan trend penurunan kepada 226 kes semalam.

“Begitu juga, purata bilangan harian kes COVID-19 yang baru dikesan dalam tempoh tujuh hari adalah pada julat 187 hingga 511 kes, sepanjang Januari 2023.

“Seterusnya, nilai Rt (kebolehjangkitan) kekal di bawah 1.0 sejak Minggu Epidemiologi (ME) 46/2022 (13 hingga 19 November 2022) dan pada ME 4/2023 (22 hingga 28 Jan 2023) nilai Rt adalah 0.8,” katanya.

Bernama-

Tags: Covid-19dos penggalakDr Zaliha MustafaKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd