Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara Ab Rauf Yusoh dicalonkan sebagai ketua menteri Melaka yang baru.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Terdahulu Setiausaha Kerajaan Negeri Zaidi Johari berkata ketua menteri baru akan mengangkat sumpah jawatan esok susulan peletakan jawatan Adun Lendu Sulaiman Md Ali.
Istiadat Pengurniaan suratcara pelantikan dan angkat sumpah jawatan, taat setia serta sumpah simpan rahsia dijadualkan berlangsung di Dewan Sri Utama, Pejabat Yang Dipertua Negeri pada jam tiga petang.
Spekulasi pertukaran ketua menteri negeri itu mula dilaporkan media sejak semalam susulan tular maklumat mengenai istiadat mengangkat sumpah jawatan melibatkan Rauf.
Isu pertukaran pemimpin negeri itu mula hangat beberapa bulan selepas kemenangan besar BN pada pilihan raya negeri pada 20 November 2021.
Pada 27 Mac lalu, Zahid mengesahkan struktur pentadbiran kerajaan Melaka akan berubah susulan pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat negeri.
-Malaysia Kini