• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rangka Manusia Tanpa Identiti Ditemukan Di Paloh

oleh Mohd Arshad
25/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Rangka Manusia Tanpa Identiti Ditemukan Di Paloh
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG: Satu rangka manusia tanpa pengenalan diri ditemukan berhampiran sebatang sungai di Ladang Tereh di Paloh oleh seorang lelaki yang sedang memancing, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, penemuan rangka yang belum dapat dikenali pasti jantina dan usia itu dilaporkan kepada pihaknya kira-kira pukul 8.30 malam hari kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati mayat berada 6.1 meter dari tebing sungai dalam keadaan mengereng yang hanya tinggal tulang sahaja.

“Pemeriksaan telah dibuat oleh pasukan Forensik dan mendapati terdapat baju T berwarna biru dan baju sejuk berlengan panjang berdekatan rangka namun tiada sebarang dokumen peribadi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rangka itu kemudian dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Justeru, orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga dan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan penemuan mayat itu boleh tampil untuk membuat pengecaman.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga hasil bedah siasat diperoleh daripada pihak hospital, katanya.

UtusanOnline-

Tags: DitemukanPalohRangka Manusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Bekas ADUN

Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Bekas ADUN

23/07/2025
0

TELUK INTAN - Misteri bau busuk daripada sebuah rumah pusaka membawa kepada penemuan rangka manusia di Jalan Sungai Nibong di...

Rangka Manusia Sah Lelaki Hilang 14 Bulan Lalu

Rangka Manusia Sah Lelaki Hilang 14 Bulan Lalu

14/07/2025
0

BERA: Rangka manusia ditemui di FELDA Bukit Mendi, di sini pada 2 Mei lalu, dikenal pasti milik seorang lelaki berusia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd