• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Punca Kuasa Penubuhan, Tadbir Urus IPT Awam Terbatal Jika AUKU Dimansuhkan

oleh Mohd Arshad
08/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Punca Kuasa Penubuhan, Tadbir Urus IPT Awam Terbatal Jika AUKU Dimansuhkan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan masih penting kerana menjadi punca kuasa yang menghubungkan akauntabiliti institusi pendidikan tinggi (IPT) kepada kerajaan dan masyarakat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata sekiranya AUKU dimansuhkan, ia akan menyebabkan punca kuasa penubuhan dan tadbir urus sebanyak 20 universiti awam di negara ini terbatal.

“Berdasarkan struktur dan kandungannya, AUKU adalah sebuah akta yang sangat penting dan masih relevan khususnya dalam urusan penubuhan dan pentadbiran universiti.

“Namun, kementerian sebenarnya tidak pernah menolak saranan penambahbaikan AUKU oleh semua pihak,” katanya semasa sesi penggulungan usul Belanjawan 2023, di Dewan Rakyat, di sini.

Pada masa sama, Mohamed Khaled berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi kini dalam proses meminda Seksyen 15 AUKU bagi membolehkan mahasiswa menguruskan sendiri urusan akaun dan kewangan mereka.

Beliau berkata, KPT turut bersetuju melakukan sesi libat urus khusus berkenaan dengan AUKU.

“Namun, memandangkan AUKU adalah undang-undang yang membabitkan kepentingan banyak pihak, maka semua pihak akan turut serta.

“Ia membabitkan pentadbiran universiti, ahli akademik dan para penyelidik, wakil mahasiswa, wakil Kementerian, Majlis Profesor Negara (MPN), Akademi Profesor Negara, wakil ibu bapa dan industri serta pihak lain,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini AUKU sudah dipinda sebanyak tujuh kali dengan pindaan terakhir dilakukan pada 2019 bagi memberi kebebasan penuh kepada mahasiswa untuk berpolitik sama ada di dalam mahupun di luar kampus.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, pihaknya memberi jaminan yuran pengajian Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di politeknik tidak akan dinaikkan.

Beliau berkata, yuran pengajian TVET di politeknik kini hanyalah serendah RM200 satu semester.

“Namun seperti saya nyatakan sebelum ini, kadar yuran bagi pengajian TVET di politeknik adalah sudah sangat rendah, maka kita tidak akan dapat memberikannya secara percuma,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata, KPT tidak akan memansuhkan Hal Ehwal Pelajar (HEP) di universiti.

Ini kerana, katanya, HEP mempunyai mandat dan tanggungjawab peringkat makro yang lebih besar antaranya pembangunan mahasiswa, membuka jaringan kerjasama dengan masyarakat dan industri dan merancang strategi meningkatkan kebolehpasaran.

Mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), peminjam hanya akan memulakan bayaran balik selepas 18 bulan bekerja tertakluk kepada permohonan dan gaji di bawah RM1,800.

Beliau berkata, ini kerana PTPTN sekarang ini sudah memulakan pemberian tempoh bertenang selama 12 bulan.

“Ini bermakna, dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dalam Belanjawan 2023 bahawa tempoh senggang selama enam bulan bayaran kepada peminjam yang bergaji di bawah RM1,800, peminjam PTPTN hanya akan memulakan bayaran balik selepas 18 bulan bekerja,” katanya.

-Berita Harian

Tags: AUKUIPT AwamKuasa Penubuhantadbir urus
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Individu Ajar, Beri Syarahan Agama Di Johor Perlu Ada Tauliah

Next Post

UMNO Dikecualikan: ‘Ahli Tak Puas Hati Boleh Bawa Ke Mahkamah’

Related Posts

Setiap IPT Awam Dan Swasta Rangka Sendiri Garis Panduan Aktiviti Hiburan (Konsert)

Setiap IPT Awam Dan Swasta Rangka Sendiri Garis Panduan Aktiviti Hiburan (Konsert)

06/09/2023
0

Berhubung dengan Garis Panduan Aktiviti Hiburan (Konsert) di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang sebelum...

Tiada Menteri Kerajaan Perpaduan Menyalahi Tata Kelola, Tadbir Urus

Tiada Menteri Kerajaan Perpaduan Menyalahi Tata Kelola, Tadbir Urus

07/07/2023
0

SERDANG : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sehingga kini tiada menteri dalam Kerajaan Perpaduan pimpinannya terlibat dalam amalan...

Next Post
UMNO Dikecualikan: ‘Ahli Tak Puas Hati Boleh Bawa Ke Mahkamah’

UMNO Dikecualikan: 'Ahli Tak Puas Hati Boleh Bawa Ke Mahkamah'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd