• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Pendakwaan Saya Satu Bentuk Pemangsaan Politik Terancang’

oleh AK-47
10/03/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
‘Pendakwaan Saya Satu Bentuk Pemangsaan Politik Terancang’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan proses siasatan yang dilakukan ke atasnya sehingga dituduh di mahkamah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, sebelum keterangannya diambil pada Khamis susulan didakwa salah guna kuasa meluluskan rayuan pengecualian cukai oleh Yayasan Al-Bukhary, beliau diberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara telah membuat keputusan untuk mendakwanya.

Ahli Parlimen Pagoh itu mempersoalkan bagaimana keputusan untuk mendakwa telah dibuat, sedangkan keterangan daripadanya mengenai perkara tersebut masih belum diambil atau direkodkan.

“Saya dapati keputusan untuk mendakwa saya sebenarnya telah dibuat lebih awal oleh pihak yang paling berkuasa dalam pentadbiran negara sebelum siasatan dilengkapkan.

“Mereka hanya menggunakan agensi penguat kuasa sebagai alat untuk mencapai tujuan politik mereka.

“Jelas pendakwaan ke atas saya adalah satu bentuk pemangsaan politik yang terancang,” katanya dalam sidang akhbar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Muhyiddin menegaskan, beliau telah berkecimpung dalam politik selama 50 tahun dan sepanjang tempoh itu, tidak ada apa-apa kesalahan yang dilakukan.

Malah kata beliau, dia sentiasa akur kepada peraturan dan tidak melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya.

“Pegawai-pegawai kerajaan yang pernah berkhidmat dengan saya pasti tahu sikap dan pendirian saya mengenai pematuhan kepada peraturan dan undang-undang.

“Namun saya terima pertuduhan ke atas saya ini dengan sabar. Saya tahu dalam dunia politik, ramai musuh yang ingin menghancurkan saya, keluarga dan parti dibina, lebih-lebih lagi apabila saya berhadapan dengan musuh politik yang rakus,” katanya.

Beliau menjelaskan, semua itu akan dihadapi dengan sabar kerana ia merupakan perjuangan yang dipilih.

Tambahnya, beliau sama sekali tidak memilih untuk bersekongkol atau tunduk dengan desakan mereka yang batil.

Muhyiddin berkata, berdiri atas prinsip yang dipegang selama ini, beliau serta pasukan peguam akan berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan keadilan di mahkamah.

“Bertenang dan berilah peluang kepada saya untuk membela diri melalui proses undang-undang.

“Saya tidak akan mengajak saudara dan saudari (kumpulan penyokong) turun ke jalanan untuk mempertahankan diri saya.

“Ini zaman kegawatan ekonomi akibat Covid-19 dan rakyat sedang mengalami kesusahan hidup.

“Saya tidak mahu membebankan rakyat untuk membela diri saya. Kita semua mesti patuh kepada undang-undang dan pelihara keamanan negara.

“Apa yang saya harapkan hanyalah titipan doa daripada saudara dan saudari sekalian supaya saya diberikan keadilan dan kita semua dilindungi oleh ALLAH SWT,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Kes MuhyiddinMuhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd