• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Najib Tegaskan Keputusan Hari Ini Bukan Pengakhiran

oleh Mohd Arshad
31/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Peguam Najib Tegaskan Keputusan Hari Ini Bukan Pengakhiran
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menegaskan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan kebenaran Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak sabitan dan hukuman kes SRC International Sdn Bhd bukan pengakhiran bagi anak guamnya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Peguam senior itu ketika ditemui media selepas prosiding, berkata penghakiman menentang oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli akan membuka satu lagi jalan dalam kes penyelewengan dana SRC dihadapi Najib.

Bagaimanapun Muhammad Shafee enggan mengesahkan sama ada pihaknya akan mengemukakan permohonan semakan kedua.

“Ini bukan penamat, mungkin akan ada lagi prosiding mahkamah berikutan daripada penghakiman minoriti.

“Ada kes di mana semakan bukan sahaja dilakukan sekali, selagi ada asas untuk semakan baharu, ia boleh dilakukan,” katanya.

Muhammad Shafee turut menyatakan kekecewaan terhadap keputusan majoriti yang menolak permohonan kebenaran bagi semakan bagaimanapun melahirkan rasa terkejut dengan penghakiman minoriti oleh Abdul Rahman yang mempengerusikan panel lima hakim.

Katanya, penghakiman minoriti itu memberinya banyak dorongan.

“Kami baru mendengar berhubung permohonan kami kepada Kumpulan Kerja Penahanan Arbitari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWGAD) di mana proses sudah dimulakan dan ada tindakan seterusnya untuk meminta Peguam Negara memberi maklum balas.

“Kami akan menghantar dokumen lanjut mengenai penghakiman minoriti dan majoriti kepada UNWGAD, supaya ia akan diteliti untuk menentukan mana yang lebih kukuh,” katanya.

Najib masih berdepan tiga lagi kes mahkamah termasuk penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang kini di peringkat perbicaraan dengan pendakwaan telah memanggil seramai 44 saksi.

Dua lagi kes ialah pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta, yang masing-masing masih di peringkat pengurusan kes.

-Berita Harian

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakKes SRC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Mengandung Terbeli Ikan Berulat Di Bazar

Next Post

Bas Sekolah, Pengangkutan Awam Tak Terlibat Subsidi Bersasar

Related Posts

Kes SRC RM27 Juta: Peguam Mohon Najib Dilepas Tanpa Dibebas

Kes SRC RM27 Juta: Peguam Mohon Najib Dilepas Tanpa Dibebas

06/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Pihak pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi memohon kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa...

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Next Post
Bas Sekolah, Pengangkutan Awam Tak Terlibat Subsidi Bersasar

Bas Sekolah, Pengangkutan Awam Tak Terlibat Subsidi Bersasar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd