• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi SAR Pantai Kemayan Dihentikan Sementara

oleh Mohd Arshad
05/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Operasi SAR Pantai Kemayan Dihentikan Sementara
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak hilang di Pantai Kemayan, di sini, ditangguhkan pada jam 7.30 malam tadi, dan akan disambung semula pagi esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata pihaknya dengan kerjasama anggota penyelamat yang lain akan meneruskan SAR pada jam 7 pagi esok bagi mencari mangsa, Ahmad Fadhlullah Mohamad, 12.

Katanya, misi mencari dan menyelamat dilakukan sekitar satu kilometer (km) daripada tempat mangsa dilaporkan hilang dan akan diperluas pada jarak yang lebih jauh.

“Seramai 67 anggota terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terbabit dalam SAR kali ini.

“Kami berhadapan dengan kesukaran ombak besar, namun akan terus cuba sedaya upaya untuk mencari mangsa yang hilang dengan kemahiran yang ada pada setiap anggota bertugas,” katanya.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan hilang dipercayai lemas selepas cuba menyelamatkan anak saudaranya di Pantai Kemayan, kira-kira jam 8 pagi tadi.

Mangsa, Ahmad Fadhlullah, dipercayai lemas dan masih belum ditemui selepas cuba menyelamatkan Muhammad Nabil Irfan Ismail Mokhtar, 11, yang tergelincir daripada benteng di pantai terbabit.

Ibu mangsa, Rosnani Mohd Salleh, 60, berkata beliau ada bersama ketika kejadian dan masih terkejut dengan apa yang terjadi, selain berdoa semoga anak bongsunya itu segera ditemui.

BHonline-

Tags: Kanak-Kanak HilangPantai KemayanSAR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zahid Sedia Dedah Surat RoS UMNO, Sahut Cabaran Ismail Sabri

Next Post

Penunggang Maut Rempuh Kereta Rosak

Related Posts

Kanak-Kanak Hilang Ditemukan 700km Dari Kuching, Menyorok Dalam Bas Ke Kapit

Kanak-Kanak Hilang Ditemukan 700km Dari Kuching, Menyorok Dalam Bas Ke Kapit

27/03/2025
1

Kuching: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Batu 8, Jalan Penrissen, di sini, Selasa lalu ditemukan di Kapit yang jaraknya...

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

31/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Selepas hampir sembilan hari, operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam tanah jerlus...

Next Post
Penunggang Maut Rempuh Kereta Rosak

Penunggang Maut Rempuh Kereta Rosak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd