• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tidak Diwakili, Wajar Dibebaskan

oleh Mohd Arshad
31/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Najib Tidak Diwakili, Wajar Dibebaskan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Sabitan salah terhadap Datuk Seri Najib Razak wajar diketepikan selepas bekas Perdana Menteri itu tidak diwakili oleh mana-mana peguam dalam rayuan akhirnya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Hakim Besar Sabah Sarawak, tiada sebarang alasan yang diberikan sebagai justifikasi kenapa bekas Ahli Parlimen Pekan itu tidak boleh mendapat sebarang penangguhan memandangkan beliau tidak lagi diwakili peguam selepas peguam belanya, Datuk Hisyam Teh Poh Teik menarik diri daripada mewakili Najib.

“Hanya sebelah pihak sahaja yang berhujah iaitu pihak pendakwaan. Pihak pendakwaan berhujah selama dua hari tetapi (rayuan) pemohon (Najib) langsung tidak didengar.

“Pemohon tidak mendapat keadilan, beliau berada dalam keadaan yang tidak adil buatnya, dia berada dalam kekurangan kerana tidak diwakili pada rayuan terdahulu,” kata hakim itu.

Hakim Abdul Rahman merupakan satu-satunya hakim yang menentang keputusan majoriti untuk menolak permohonan Najib mendapatkan kebenaran untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan terdahulu.

Pada 23 Ogos 2022, panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengesahkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.

Turut bersidang dalam panel itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak (ketika itu), Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Dengan keputusan tersebut, Najib mula menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang pada hari yang sama.

Pada 18 Ogos 2022 iaitu pada hari ketiga pendengaran rayuan akhir Najib, Hisyam memohon untuk menarik diri daripada mewakili bekas Presiden UMNO itu kerana beliau tidak dapat membuat persediaan sewajarnya ekoran baharu sahaja mengambil alih kes itu daripada peguam terdahulu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Permohonan menarik diri itu bagaimanapun ditolak oleh mahkamah.

Merujuk kepada fakta yang mengatakan pihak pembelaan telah diberikan masa empat bulan untuk bersedia sebelum pendengaran rayuan akhir itu, Hakim Abdul Rahman menyatakan, tempoh itu diberikan kepada pasukan pembelaan yang terdahulu.

“Tempoh empat bulan itu diberikan kepada Tetuan Muhammad Shafee & Co yang mana ketika itu peguam utama ialah Muhammad Shafee dan bukannya kepada Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) yang mana peguam bela utamanya ialah Hisyam,”ujarnya.

Selain itu, Hakim Abdul Rahman menyatakan, adalah tidak adil bagi Najib untuk ‘membayar’ harga yang tinggi atas kesilapan yang dilakukan oleh peguamnya.

“Apa yang penting buat pemohon ialah untuk melihat peguam yang mewakilinya bertindak sehabis baik, tidak lebih dan tidak kurang daripada itu.

“Dalam keadaan ini, pemohon berada dalam keadaan yang sangat tidak bernasib baik kerana tidak diwakili ketika prosiding rayuan akhir. Justeru, sabitan terhadap pemohon hendaklah dibatalkan kerana tiada representasi,” kata Hakim Abdul Rahman.

-Utusan Online

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd