• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

oleh Mohd Arshad
29/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara Jenayah, bagi menjadikan tindakan menghendap sebagai satu kesalahan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 yang memperincikan kesalahan menghendap dan jenis hukuman yang boleh dikenakan serta RUU Kanun Acara Jenayah (Pindaan) 2023 berhubung peruntukan perlindungan kepada mangsa, diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Terdahulu, kedua-dua RUU dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Ramkarpal Singh.

Ramkarpal berkata, pindaan RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 bertujuan memasukkan seksyen baharu 507A ke dalam Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan menghendap, termasuk perbuatan yang dianggap sebagai kesalahan dan mengadakan peruntukan hukuman iaitu penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Rasional untuk meminda Kanun Keseksaan adalah bagi menjadikan perlakuan menghendap sebagai satu kesalahan kerana boleh menimbulkan perasaan takut dan bimbang serta mencapai tahap yang mana mangsa boleh dicederakan sehingga ada yang menyebabkan kematian,” katanya.

Beliau berkata, perlakuan itu turut memberikan implikasi serius terhadap kesihatan mental mangsa akibat diganggu dan dihendap untuk jangka masa lama.

Katanya, hasil tinjauan oleh syarikat penyelidikan dengan kerjasama Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), mendapati perlakuan menghendap di negara ini adalah meluas, di mana 36 peratus individu pernah dihendap dan berasa ketakutan, manakala 12 peratus mendapat ancaman serta 17 peratus mendapat kecederaan.

“Hasil tinjauan juga mendapati perlakuan menghendap memberi kesan negatif kepada kehidupan seharian rakyat dari segi ekonomi, sosial, rekreasi dan hal ehwal penjagaan kanak-kanak.

“Sementara 69 peratus rakyat Malaysia percaya menghendap adalah satu kesalahan. Ketiga, negara-negara luar sudah mengambil inisiatif lebih awal dalam mewujudkan undang-undang berkaitan perlakuan ini,” katanya.

Ramkarpal berkata, rujukan terhadap model perundangan Singapura, United Kingdom (UK) dan India sudah dilaksanakan bagi mengenal pasti model perundangan yang sesuai sebagai penanda aras.

“Pindaan kepada Akta 574, mengambil kira pandangan setiap lapisan masyarakat dan sesi libat urus, termasuk penyertaan beberapa mangsa hendap,” katanya.

Sementara itu, Ramkarpal berkata, melalui RUU Kanun Acara Jenayah (Pindaan) 2023, kebimbangan mangsa jenayah menghendap, terutama wanita dapat dikurangkan.

Beliau memaklumkan, undang-undang sedia ada hanya melindungi mangsa perlakuan mengganggu dan menghendap dalam kalangan pasangan yang pernah mempunyai hubungan perkahwinan yang sah atau bercerai, dan tiada peruntukan yang khusus dan jelas bagi pihak yang tidak pernah mempunyai hubungan perkahwinan yang sah.

“Pindaan ini dilaksanakan dengan matlamat untuk memberikan perlindungan undang-undang kepada mangsa jenayah menghendap melalui perintah perlindungan yang dikeluarkan mahkamah.

“Pindaan ini juga dibuat berdasarkan falsafah untuk membendung jenayah menghendap dan pada masa sama, akan dapat mengurangkan kebimbangan, ketakutan dan trauma mangsa,” katanya.

BHonline-

Tags: Dewan RakyatKesalahan Jenayahmenghendap
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

Next Post

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

Related Posts

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

24/04/2025
2

KUALA LUMPUR: Sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei ini bagi membincangkan kesan tindakan Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi...

Laporan RCI Batu Puteh Dibentang Di Dewan Rakyat Minggu Depan – Johari

Laporan RCI Batu Puteh Dibentang Di Dewan Rakyat Minggu Depan – Johari

06/12/2024
0

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian...

Next Post
JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd