• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Johor Turun Kepada 43,270 Orang, 226 PPS Masih Dibuka

oleh Mohd Arshad
06/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mangsa Banjir Di Johor Turun Kepada 43,270 Orang, 226 PPS Masih Dibuka
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor menunjukkan sedikit penurunan setakat jam 4 petang, kepada 43,270 orang membabitkan 12,389 keluarga berbanding 49,543 orang (14,159 keluarga) tengah hari tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) juga berkurangan agak ketara selepas 39 PPS ditutup, namun satu PPS baharu dibuka menjadikan keseluruhan setakat ini ialah 226 PPS masih beroperasi di sembilan daerah terjejas.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor berkata, Batu Pahat menunjukkan sedikit peningkatan jumlah mangsa banjir kepada 21,164 orang (5,886 keluarga) di 74 PPS yang dibuka di daerah itu.

“Segamat yang pada mulanya menjadi daerah yang paling teruk terjejas kini terus menunjukkan penurunan mangsa banjir yang agak ketara iaitu 7,906 orang (2,358 keluarga) di 54 PPS.

“Diikuti Muar yang juga menunjukkan penurunan menjadi terdapat 4,155 orang (1,240 keluarga) di24 PPS.

“Tangkak pula mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir menjadi 3,303 orang (965 keluarga) yang kini ditempatkan di 25 PPS, manakala Kluang pula berkurangan kepada 3,515 orang (979 keluarga) di 25 PPS,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, manakala di 13 PPS di Kota Tinggi terdapat 1,847 mangsa banjir (532 keluarga) yang menunjukkan trend menurun dan Pontian juga berkurangan menjadi kepada 174 mangsa (44 keluarga) di empat PPS.

“Johor Bahru terus menunjukkan penurunan dan kini hanya terdapat 38 mangsa (38 keluarga) di sebuah PPS, manakala Mersing kekal tetapi dengan jumlah yang kecil menjadi 1,168 mangsa (346 keluarga) di enam PPS,” katanya.

Sementara itu, laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pula mengeluarkan semua daerah di Johor untuk sebarang amaran hujan berterusan.

Setakat ini, laporan cuaca sebenar pula menunjukkan semua daerah berdepan cuaca cerah kecuali Mersing, Johor Bahru dan Kota Tiggi yang hujan setakat jam 4 petang tadi.

BHonline-

Tags: Johormangsa banjirPPS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd