• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Johor Berkurang, Enam Daerah Masih Terjejas

oleh AK-47
10/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mangsa Banjir Di Johor Berkurang, Enam Daerah Masih Terjejas
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Jumlah mangsa banjir di Johor berkurang sedikit kepada 44,934 (13,699 keluarga) setakat jam 12 tengah hari berbanding 45,218 orang (12,781 keluarga) jam 8 pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, semua mangsa banjir itu kini ditempatkan di 173 pusat pemindahan banjir (PPS) di enam daerah terjejas.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor berkata, di Batu Pahat saja menunjukkan sedikit peningkatan mencecah 38,135 orang (10,683 keluarga) yang kini ditempatkan di 111 PPS di daerah itu.

“Sebanyak enam daerah yang masih terjejas setakat ini iaitu Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat, Mersing dan Kluang.

“Sehingga jam 8 pagi ini, Batu Pahat saja yang masih mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir, tiga yang lain menurun, manakala dua daerah kekal.

“Di Muar, jumlah mangsa banjir menurun kepada 3,432 orang (1,022 keluarga) di 19 PPS, Segamat pula kini tinggal 1,019 mangsa banjir (255 keluarga) di 20 PPS dan Kluang berkurang kepada 56 orang (11 keluarga) di sebuah PPS.

“Tangkak dan Mersing pula kekal dengan jumlah mangsa banjir masing-masing 2,073 orang (675 keluarga) di 19 PPS dan 219 orang (53 keluarga) yang ditempatkan di tiga PPS,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pula tiada mengeluarkan sebarang amaran hujan berterusan mahu pun ribut petir semua daerah di Johor.

Laporan cuaca setakat tengah hari ini menunjukkan hanya Muar, Segamat, Batu Pahat Dan Tangkak dilaporkan cerah dan enam daerah lain dilaporkan hujan.

-Harian Metro

Tags: BanjirJohormangsa banjir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jurulatih Kecergasan Mengaku Tidak Bersalah Cabul Gadis

Next Post

KWSP Perinci Kaedah Terbaik Cagaran Pinjaman

Related Posts

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

16/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian Johor yang kini muncul sebagai kuasa...

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

25/03/2025
0

JOHOR BAHRU: "Nyawa lebih penting daripada barang. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?," kata Mohd Afiq Yuzaini yang menggunakan...

Next Post
KWSP Perinci Kaedah Terbaik Cagaran Pinjaman

KWSP Perinci Kaedah Terbaik Cagaran Pinjaman

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd