• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maklumat Tular Mangsa Banjir Layak Terima Bantuan RM3,500 Palsu

oleh AK-47
09/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Maklumat Tular Mangsa Banjir Layak Terima Bantuan RM3,500 Palsu
Share on FacebookShare on Twitter

Batu Pahat : Maklumat tular di media sosial mendakwa mangsa banjir layak menerima bantuan RM3,500 menyebabkan pusat pemindahan sementara (PPS) dan pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah ini diserbu orang ramai sejak semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor Khairin Nisa Ismail mengesahkan maklumat berkaitan penularan itu palsu.

“Maklumat berkenaan adalah palsu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Berdasarkan maklumat yang tular, mangsa banjir diminta ke PPS untuk mengambil borang daftar dengan pegawai JKM bagi mendapatkan bantuan banjir RM1,000 dan bantuan rumah RM2,500 dengan hanya mangsa banjir berpindah ke PPS layak mohon serta perlu merakam gambar rumah yang terjejas.

Seorang mangsa banjir di Batu Pahat, Latif Abdul Karim, 33, berkata, dia kecewa dengan perbuatan tidak bertanggungjawab individu tertentu yang menularkan maklumat palsu itu hingga menimbulkan kekeliruan ramai.

“Kami masih belum pulih akibat bencana ini, tidak sangka ada individu yang sanggup mempermainkan kami.

“Diharap pihak berkuasa mengesan individu berkenaan dan mengambil tindakan sesuai,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semarang, Datuk Samsolbari Jamali berkata, mangsa banjir dinasihati supaya tidak mudah mempercayai maklumat yang tular.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan kepastian mengenai sebarang bantuan disalurkan kerajaan daripada ketua kampung, penghulu dan saluran yang sesuai.

Sementara itu, jurucakap JKM ketika dihubungi berkata, maklumat berkaitan bantuan ditawarkan jabatan itu boleh diperoleh di Pejabat Daerah ataupun Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

-Harian Metro

Tags: Banjirberita palsumangsa banjirTular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd