• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bawa Daun Ketum Ditahan Selepas Larikan Diri Sejauh 15 KM

oleh AK-47
26/03/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Lelaki Bawa Daun Ketum Ditahan Selepas Larikan Diri Sejauh 15 KM
Share on FacebookShare on Twitter

JELI : Tindakan seorang lelaki melarikan diri sejauh 15 kilometer (km) sambil membawa daun ketum seberat 560 kilogram (kg) gagal selepas kereta jenis Proton Preve yang dipandunya berjaya ditahan polis di Kampung Base Camp, di sini pada Khamis lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi, suspek berusia 25 tahun dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan semasa polis mengadakan rondaan Ops Tapis di Jalan Kampung Pasir Dusun, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob berkata, anggota polis kemudiannya mengarahkan suspek untuk memberhentikan kereta dipandunya di tepi jalan Jalan Kampung Pasir Dusun, namun lelaki itu terus memecut laju kereta terbabit.

Menurutnya, melihat suspek yang ingkar arahan untuk berhenti, polis mengejar kereta tersebut sejauh 15 km sebelum berjaya ditahan di Kampung Base Camp di sini.

“Suspek pada awalnya cuba meloloskan diri dan enggan menyerah diri sebelum dia akhirnya berjaya diberkas. Pemeriksaan pada tubuh badan suspek tidak menjumpai apa-apa barang salah.

“Pemeriksaan lanjut di bahagian but dan tempat duduk belakang kereta terbabit menjumpai sebanyak 56 bungkusan plastik hitam berisi daun ketum seberat 560 kg yang dianggarkan bernilai RM 5,680,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli di sini hari ini.

Saari memberitahu, polis turut menemui satu liter air ketum di dalam botol plastik dan 100 mililiter cecair hitam dipercayai ubat batuk di dalam kereta tersebut.

Katanya, suspek dipercayai membawa masuk bekalan daun ketum itu dari sebuah negeri di utara untuk dijual di Tanah Merah dekat sini.

“Ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)a Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula Jumaat lalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15 (1)(a) akta sama dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.” ujarnya.

-Utusan Online

Tags: Daun Ketum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Thai Cuba Seludup Keluar Minyak Masak Bersubsidi Ditahan

16/05/2022
0

KANGAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup keluar lebih kurang 780 kilogram (kg) daun ketum dan 150...

Demi Upah RM2,000 Sanggup Bawa Ketum

15/04/2022
0

Taiping : Dibayar RM2,000 sebagai upah, seorang lelaki bertindak berani menghantar 36 beg daun ketum seberat 360 kilogram (kg) dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd