• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapan PPS Kekal Sedang Dibina Bantu Mangsa Banjir – Ahmad Zahid

oleh AK-47
05/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lapan PPS Kekal Sedang Dibina Bantu Mangsa Banjir – Ahmad Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan sedang membina lapan dewan untuk dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) kekal di sekolah yang sering dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir di seluruh negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif mewujudkan PPS kekal itu diputuskan Jawatankuasa Bencana Pusat yang dipengerusikannya berikutan terdapat lokasi sering dilanda banjir.

Beliau memaklumkan, PPS kekal terbabit dibina untuk keselesaan dan kemudahan mangsa banjir menggunakan peruntukan sedia ada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Negeri-negeri yang biasa terkena banjir, sekolah dijadikan sebagai PPS. Jikalau sekolah itu digunakan sebagai PPS, ada tandas tetapi tidak ada tempat mandi di sekolah itu.

“Dengan pembinaan dewan itu, (akan) ada tandas, ada tempat mandi dan mereka yang ditempatkan itu dapat menggunakan kemudahan itu,” katanya.

Ahmad Zahid berkata sedemikian pada sidang media selepas sesi taklimat sempena lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri ke ibu pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di sini pada Ahad.

Ahmad Zahid memberitahu, dewan yang dibina akan diuruskan sekolah namun pelajar sekolah terbabit juga boleh menggunakan kemudahan disediakan dan dewan itu ketika luar musim banjir.

“Ketika luar musim, dewan dan kemudahan itu boleh digunakan oleh sekolah. Ini pendekatan baru yang kita lakukan,” katanya tanpa menyatakan lokasi lapan PPS kekal itu.

Beliau menganggarkan, kira-kira 1,000 sekolah kerap dijadikan PPS ketika musim banjir di beberapa negeri namun pembinaan dewan ini akan mengikut keutamaan di kawasan sekolah yang akan dikenal pasti.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan, koordinasi antara agensi yang berkaitan sentiasa dilakukan ketika banjir melanda beberapa negeri ketika ini bagi memastikan bantuan lebih cepat dan berkesan dapat disampaikan kepada mangsa banjir.

“Sebagai contoh, ketika saya ke Selancar, Rompin baru-baru ini, ada jalan yang terputus dapat diselesaikan dalam tempoh kurang 72 jam, dengan kerjasama antara Rejimen Jurutera Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Kerja Raya manakala peruntukan daripada Nadma,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Ahmad Zahid HamidiBanjirmangsa banjirPPS Kekal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

359,742 PerantiSiswa Telah Diagihkan Kerajaan

Next Post

Penjadualan Semula SPM 2022 Bermula 16 Mac

Related Posts

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

25/03/2025
0

JOHOR BAHRU: "Nyawa lebih penting daripada barang. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?," kata Mohd Afiq Yuzaini yang menggunakan...

TMJ Titah Sukarelawan Segera Bantu Mangsa Banjir

TMJ Titah Sukarelawan Segera Bantu Mangsa Banjir

23/03/2025
0

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, menitahkan sukarelawan Southern Volunteers memberi bantuan segera kepada mangsa banjir. Tunku Mahkota...

Next Post
Penjadualan Semula SPM 2022 Bermula 16 Mac

Penjadualan Semula SPM 2022 Bermula 16 Mac

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd