• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lakukan Kajian Terperinci Atasi Banjir – Agong

oleh Mohd Arshad
03/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lakukan Kajian Terperinci Atasi Banjir – Agong
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kerajaan supaya melakukan kajian terperinci bagi mengurangkan risiko dan mengatasi banjir.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Seri Paduka bertitah, penyelesaian secara jangka pendek dan panjang seperti projek tebatan banjir dan usaha mendalamkan sungai yang semakin cetek adalah perlu kerana masalah banjir kini kerap berlaku.

“Kos (untuk melaksanakan projek mengatasi masalah banjir) boleh difikirkan kemudian tetapi kita kena mencari punca sebab selalu banjir, setiap tahun, setiap bulan.

“Ini juga tertakluk kepada sungai kecil dan longkang di bandar yang tidak diselenggara dengan baik… macam-macam sampah dilontar sewenang-wenangnya yang mungkin menjadi punca banjir,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian semasa menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan banjir Kampung Baru Sungai Chedong di sini pada Jumaat.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda Tengku Panglima Raja, Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Al-Sultan Abdullah menitahkan mereka yang diarah berpindah supaya segera mematuhi arahan itu, selain sentiasa peka dengan keselamatan ahli keluarga serta menjaga kebersihan di pusat pemindahan sementara (PPS).
Seri Paduka yang menzahirkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan badan bukan kerajaan (NGO) kerana membantu mangsa banjir juga berharap bantuan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Seri Paduka yang menzahirkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan badan bukan kerajaan (NGO) kerana membantu mangsa banjir juga berharap bantuan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Semasa kunjungan itu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga berkenan mengurniakan sumbangan wang tunai, barangan makanan dan kelengkapan penjagaan diri kepada mangsa banjir di Sungai Chedong dan PPS Dewan Arena YAM Tengku Muda di sini.

Banjir di Pahang bermula pada Rabu lepas susulan hujan lebat berterusan sehingga menyebabkan air sungai melimpah di daerah Raub, Jerantut, Maran, Pekan, Bera, Temerloh dan Rompin. Bagaimanapun banjir di Raub dan Jerantut pulih pada Jumaat.

Sementara itu, penerima sumbangan, Mohd Sulaiman Abdul Shukor, 39, terharu dengan keprihatinan Seri Paduka yang bertanya khabar mengenai kaki kanannya yang dipotong sehingga paras lutut akibat kemalangan jalan raya pada Oktober tahun lepas.

Dia yang berpindah ke PPS Kampung Baru Sungai Chedong sejak Rabu lepas berkata bantuan diterimanya amat membantu mengurangkan beban kewangannya setelah kini tidak bekerja akibat kemalangan itu.

“Dahulu saya membantu orang menjual ikan di pasar, jadi pendapatan dan simpanan memang tidak banyak,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: AgongBanjirkajianmangsa banjir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lagi Penempatan Haram Pati Digempur

Next Post

1MDB: Kerajaan Tidak Campur Tangan Keputusan Mahkamah

Related Posts

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

25/03/2025
0

JOHOR BAHRU: "Nyawa lebih penting daripada barang. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?," kata Mohd Afiq Yuzaini yang menggunakan...

TMJ Titah Sukarelawan Segera Bantu Mangsa Banjir

TMJ Titah Sukarelawan Segera Bantu Mangsa Banjir

23/03/2025
0

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, menitahkan sukarelawan Southern Volunteers memberi bantuan segera kepada mangsa banjir. Tunku Mahkota...

Next Post
1MDB: Kerajaan Tidak Campur Tangan Keputusan Mahkamah

1MDB: Kerajaan Tidak Campur Tangan Keputusan Mahkamah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd