• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Digital Exabytes Perkasa Usahawan Wanita

oleh Mohd Arshad
21/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kit Digital Exabytes Perkasa Usahawan Wanita
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN, 20 MAC – Firma penyelesaian perniagaan, teknologi awan, digital dan e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, Exabytes merancang untuk membantu lebih 1,000 usahawan wanita dalam mengembangkan perniagaan mereka melalui pemberian set alat digital bernilai RM10,000 setiap satu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Exabytes, Ooi Poh Yan berkata ia bertujuan mengetengahkan halangan yang perlu ditangani oleh usahawan wanita selain membincangkan secara kolektif bagaimana mengatasi cabaran tersebut.

“Dikatakan bahawa dengan kemajuan teknologi, akan timbul cabaran baharu. Bagaimanapun, pada masa yang sama, kemudahan inovatif juga menunggu mereka yang cukup berdaya tahan untuk menguasai teknologi ini,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan program Accelerate Women Entrepreneurship with Exabytes (AWEWE) 2023 yang kini dibuka untuk permohonan sehingga 31 Disember 2023.

Ooi percaya kit alat digital ini akan dapat memainkan peranan penting dalam pertumbuhan usahawan wanita era sekarang.

Kit alat digital ini merangkumi analisis laporan pengoptimuman enjin carian (SEO) yang akan menyemak laman web perniagaan serta memberi nasihat untuk penambahbaikan, akses kepada perkhidmatan berkuasa AI yang akan membantu menjana kandungan berkualiti bagi laman web mereka serta pelbagai kursus termasuk latihan dalam analisis data dan pemasaran.

Berdasarkan maklum balas positif yang diterima daripada penyertaan tahun lepas, inisiatif tersebut telah membantu usahawan wanita untuk mendapat pendedahan perniagaan yang lebih luas dan pada masa yang sama, meningkatkan pasaran sasaran mereka.

-Bernama

Tags: Kit Digital ExabytesUsahwan Wanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd