• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Basikal Lajak: Kerani Wanita Diwakili Peguam Terkemuka

oleh Mohd Arshad
17/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes Basikal Lajak: Kerani Wanita Diwakili Peguam Terkemuka
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Rayuan akhir kerani wanita, Sam Ke Ting terhadap sabitan dan hukuman penjara serta denda melibatkan kes basikal lajak yang mengorbankan lapan remaja, enam tahun lalu akan diketuai oleh peguam terkemuka, Datuk Hisyam Teh Poh Teik.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Rayuan itu akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 31 Mac ini.

Hisyam mengesahkan perkara tersebut selepas sesi pengurusan kes hari ini yang turut disertai oleh Harvinderjit Singh dan Muhammad Faizal Mokhtar.

Ke Ting merayu terhadap sabitan dan hukuman penjara enam tahun serta denda RM6,000 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal lajak di Jalan Lingkaran Dalam pukul 3.20 pagi pada 18 Februari 2017.

Pada 28 Oktober 2018, Mahkamah Majistret Johor Bahru membebaskan perayu tanpa memerintahkannya membela diri terhadap pertuduhan itu.

Lapan remaja yang maut dalam tragedi itu ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14, Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14, Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16, Fauzan Halmijan, 13,Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14, Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Kemudian pada 2019, Hakim Mahkamah Tinggi Dr. Shahnaz Sulaiman membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mengembalikan semula kes itu ke Mahkamah Majistret serta mengarahkan Ke Ting membela diri bagi pertuduhan memandu secara melulu.

Majistret Siti Hajar Ali yang mendengar kes itu pada 2019, sekali lagi melepas dan membebaskan Ke Ting pada akhir kes pembelaan, menyebabkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan kedua ke Mahkamah Tinggi.

Pada 13 April 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abu Bakar Katar membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mensabitkan kesalahan memandu secara melulu dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000.

Bagaimanapun Ke Ting mendapat kebenaran daripada Mahkamah Rayuan pada 18 April 2022 untuk merayu terhadap sabitan dan hukuman penjara.

Mahkamah Rayuan juga membenarkan permohonan Ke Ting untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan membebaskannya dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, sementara menunggu pendengaran rayuannya.

UtusanOnline-

Tags: Datuk Hisyam Teh Poh TeikKes Basikal LajakSam Ke Ting
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Basikal Lajak: Ke Ting Lepas, Bebas Pertuduhan

Basikal Lajak: Ke Ting Lepas, Bebas Pertuduhan

11/04/2023
0

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita Sam Ke Ting daripada sabitan dan hukuman dalam...

Peguam Bela Sam Ke Ting Dakwa Pertuduhan Cacat

Peguam Bela Sam Ke Ting Dakwa Pertuduhan Cacat

31/03/2023
0

PUTRAJAYA - Hukuman dibuat mahkamah sebelum ini terhadap kerani wanita, Sam Ke Ting dilihat berdasarkan pertuduhan cacat sekali gus membawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd