• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Komited Pastikan Keamanan, Kemakmuran Dan Keselamatan Sabah Terjamin

oleh Mohd Arshad
01/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Komited Pastikan Keamanan, Kemakmuran Dan Keselamatan Sabah Terjamin
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan komited terhadap hal ehwal warga Sabah dan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan keamanan, kemakmuran, dan keselamatan Negeri di Bawah Bayu itu, sentiasa terjamin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata kerajaan juga, tidak berkompromi terhadap aspek kedaulatan dan keselamatan serta terus berusaha melindungi dan memelihara kepentingan, kekebalan serta kedaulatan Malaysia.

“Kerajaan akan terus mengambil segala tindakan yang perlu bagi menghentikan tuntutan dengan menggunakan segala kuasa, hak dan sumber yang ada,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Sesi Taklimat Mengenai Isu Tuntutan Pihak Mendakwa Waris Kesultanan Sulu bersama Kerajaan Sabah dan ahli komuniti Sabah di sini, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan serta 25 orang Ahli Dewan Undangan Sabah.

Mengulas mengenai sesi taklimat itu, Azalina berkata taklimat itu bertujuan untuk menerangkan mengenai latar belakang melibatkan isu tuntutan tersebut dan perkembangan berkaitan tindakan undang-undang di empat bidang kuasa iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg serta Belanda.

“Selain itu, taklimat ini juga bertujuan mendapatkan pandangan daripada warga Sabah yang terkesan secara langsung,” katanya.

Beliau berkata taklimat itu diadakan bersama dengan pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan dari Bahagian Hal-Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Peguam Negara (AGC), dan wakil Sekretariat Khas mengenai tuntutan itu iaitu Prof Datuk Dr Sundra Rajoo dan Datuk FirozHussein Ahmad Jamaluddin.

Bernama-

Tags: Azalina Othman SaidKemakmuranSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd