• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

oleh Mohd Arshad
29/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang sedang dalam tahanan di Guantanamo, Cuba.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau sudah mendapatkan makluman terkini mengenai perkembangan itu daripada duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia.

Katanya, kerajaan bersedia dengan perancangan yang sepatutnya jika kedua-dua individu berkenaan dipindahkan kembali ke Malaysia.

“Cuma oleh kerana perkara itu belum berlaku (dipindahkan ke Malaysia), tetapi jika berlaku baru kita aktifkan pelan itu,” katanya pada sesi Dialog Menteri Dalam Negeri bersama Media di Kementerian Dalam Negeri, di sini hari ini.

Dua rakyat Malaysia itu adalah Mohammed Nazir Lep dan Mohammed Farik Amin yang berdepan lapan tuduhan di Mahkamah Tentera AS, termasuk tujuh berkaitan pengeboman berkembar, mengorbankan 202 orang di Bali pada Oktober 2002 dan pengeboman di Hotel JW Marriott di Jakarta, Indonesia pada Ogos 2003.

Mereka ditahan di Thailand pada 2003 dan dimasukkan ke dalam kurungan bersendirian di lokasi rahsia yang dikendalikan Agensi Perisikan Pusat (CIA) sebelum dipindahkan ke Teluk Guantanamo pada 2006.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, usaha kerajaan untuk mengesan ahli perniagaan dalam pelarian, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low yang terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak pernah berhenti.

Katanya, kerajaan juga masih belum menarik Notis Merah yang dikeluarkan Polis Antarabangsa (INTERPOL) terhadap ahli perniagaan itu.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengulas mengenai dakwaan mengatakan kerajaan Malaysia tidak memberikan kerjasama kepada kerajaan Kuwait iaitu negara terbaru yang mensabitkan Jho Low dengan kesalahan penggubahan wang berhubung syarikat itu.

“Saya tidak mempunyai maklumat penuh berhubung dakwaan berkenaan,” katanya.

Sebuah mahkamah di Kuwait mensabitkan kesalahan terhadap Jho Low tanpa kehadirannya semalam atas tuduhan pengubahan wang haram berhubung skandal 1MDB.

Memetik laporan akhbar Kuwait Al-Qabas, seorang sheikh dengan rakan kongsinya, termasuk dua lagi warga asing dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun.

Seorang peguam dihukum penjara tujuh tahun atas tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana Malaysia.

BHonline-

Tags: Guantanamo bayKerajaanrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Sekat Akses Platform Dalam Talian Bagi Pengguna Bawah 13 Tahun

Kerajaan Sekat Akses Platform Dalam Talian Bagi Pengguna Bawah 13 Tahun

04/12/2025
0

Kuala Lumpur: Bagi melindungi kanak-kanak daripada mengakses kandungan dalam talian, kerajaan dalam proses mengawal selia platform untuk menyekat pengguna bawah...

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

23/11/2025
0

Kangar: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, kira-kira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd