• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Kewangan Tangguh Pelaksanaan Tiga Duti Eksais, Cukai Di Bawah Bajet 2022

oleh Mohd Arshad
21/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kementerian Kewangan Tangguh Pelaksanaan Tiga Duti Eksais, Cukai Di Bawah Bajet 2022
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan penangguhan tarikh kuat kuasa tiga duti eksais dan cukai yang diumumkan di bawah Bajet 2022 kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata penangguhan tersebut membabitkan duti eksais ke atas produk penyediaan pracampuran yang mengandungi gula melebihi had 33.3 gram/100 gram, cukai perkhidmatan penghantaran barang dan cukai jualan barang bernilai rendah (LVG).

“Ketiga-tiga inisiatif ini sudah disyorkan untuk bermula pada 2023, namun, mengambil kira keperluan pihak industri yang memerlukan tempoh masa secukupnya untuk membuat persediaan terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), terdapat keperluan untuk menetapkan semula tarikh kuat kuasa pengenaan ketiga-tiga duti dan cukai tersebut.

“Hal ini juga dapat memberi ruang kepada pihak industri untuk membuat penyelarasan ke atas model perniagaan mereka, pelaksanaan latihan dan penyediaan dokumentasi,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, Kementerian Kewangan berkata, kerajaan juga dapat memperhalusi semua aspek perundangan yang berkaitan bagi memastikan isu pelaksanaan dapat ditangani dengan sewajarnya.

Menerusi Bajet 2022, kerajaan mengumumkan cadangan duti eksais ke atas produk penyediaan pracampuran untuk membendung peningkatan penyakit diabetes, obesiti dan penyakit tidak berjangkit yang dikaitkan dengan pemakanan yang tidak seimbang.

Berhubung pengenaan cukai perkhidmatan meliputi perkhidmatan penghantaran barang yang disediakan oleh syarikat bukan kurier bertujuan untuk memberikan layanan sama rata di antara semua penyedia perkhidmatan penghantaran barang.

Buat masa ini hanya perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat kurier sahaja dikenakan cukai perkhidmatan manakala cukai jualan LVG bagi barang bernilai RM500 ke bawah yang dijual secara dalam talian oleh peniaga luar negara dan diimport ke Malaysia bertujuan bagi memberikan layanan yang sama rata kepada barangan tempatan dan barangan import.

Bernama-

Tags: Bajet 2022duti eksaiskementerian kewangantangguh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Marin Rampas Kapal Korek Pasir Berdaftar Di Mongolia

Next Post

42 Premis Makanan Diarah Tutup

Related Posts

Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, E-dompet Bagi Pembelian RON95

Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, E-dompet Bagi Pembelian RON95

12/11/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti mekanisme penggunaan MyKad dan e-dompet dalam melaksanakan penyasaran subsidi minyak RON95. IKUTI...

Kementerian Kewangan Tentukan Mekanisme Pelarasan Harga Diesel

Kementerian Kewangan Tentukan Mekanisme Pelarasan Harga Diesel

30/05/2024
0

PUTRAJAYA : Mekanisme pelarasan harga diesel selepas pelaksanaan subsidi bersasar dilaksanakan kelak, akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post
42 Premis Makanan Diarah Tutup

42 Premis Makanan Diarah Tutup

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd