• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Besar Di Tapak Pembinaan Bangunan 42 Tingkat

oleh AK-47
03/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kebakaran Besar Di Tapak Pembinaan Bangunan 42 Tingkat
Share on FacebookShare on Twitter

HONG KONG : Pasukan bomba Hong Kong hari ini terus bertungkus lumus memadamkan kebakaran besar di sebuah tapak pembinaan di daerah Tsim Sha Tsui yang menyebabkan kira-kira 170 penghuni premis berdekatan terpaksa dipindahkan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setakat ini, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan selepas kebakaran itu tercetus di lokasi projek pembangunan semula Mariners’ Club, kira-kira jam 11 malam semalam.

Warga emas OKU terselamat daripada kebakaran rumah

Beberapa tingkat struktur binaan itu, termasuk perancah, dijilat api dengan debu kebakaran dilihat menyelubungi ruang udara.

Projek pembangunan semula itu membabitkan pembinaan bangunan setinggi 42 tingkat bagi menempatkan Mariners’ Club dan sebuah hotel baharu, menurut laman sesawang Empire Group.

Timbalan Ketua Pegawai Bomba, Keung Sai-ming memaklumkan setakat jam 8.30 pagi tadi, sebahagian besar kebakaran itu sudah berjaya dipadamkan, manakala pihak berkuasa sedang giat menyiasat punca kejadian.

Setiba pasukan di lokasi kejadian malam tadi, Sai-ming berkata, api kelihatan menjilat beberapa tingkat binaan itu tetapi hanya peralatan memadam kebakaran sementara tersedia.

“Bangunan terbabit masih dalam pembinaan, justeru peralatan pemadam kebakaran yang lazimnya ada di bangunan lain, belum sedia untuk digunakan.

“Susulan itu, kami memerlukan ramai anggota untuk membekalkan air ke tingkat yang sangat tinggi, dalam usaha memadamkan kebakaran berkenaan. Justeru, kami berdepan banyak cabaran,” katanya.

Beliau berkata, bahan binaan di situ termasuk papan kayu dan batang logam, turut menyukarkan pergerakan anggota bomba.

Terdapat sebuah pusat beli-belah, beberapa hotel, premis kediaman dan bangunan komersial di sekitar lokasi kejadian.

“Cuaca malam tadi agak berangin. Serpihan kebakaran itu ditiupkan angin ke arah beberapa bangunan berdekatan.

“Akibatnya, sebahagian balkoni di dua premis berdekatan membabitkan sebuah hotel dan bangunan komersial, dijilat api tetapi mujur anggota yang siap siaga berjaya memadamkannya dengan segera,” kata Sai-ming.

Tsim Sha Tsui adalah kawasan tumpuan pelancong serta beli-belah di Kowloon, dan terkenal dengan bangunan pencakar langit serta pemandangan ikonik Victoria Harbor. –

-Berita Harian

Tags: kebakaranTapak Pembinaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Majikan Sudah Ambil Semula Pekerja Tempatan

Next Post

Saudi Lancar Aplikasi Nusuk Versi Bahasa Melayu

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

01/03/2025
0

Kota Kinabalu: Dianggarkan 50 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka Likas, di sini, awal pagi tadi. Bagaimanapun, kejadian...

Next Post
Saudi Lancar Aplikasi Nusuk Versi Bahasa Melayu

Saudi Lancar Aplikasi Nusuk Versi Bahasa Melayu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd