• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Rampas 22,929 Alat Permainan Seks Bernilai RM1.1 Juta Di Pulau Pinang

oleh AK-47
14/03/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
KDN Rampas 22,929 Alat Permainan Seks Bernilai RM1.1 Juta Di Pulau Pinang
Share on FacebookShare on Twitter

Butterworth : Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 22,929 alat permainan seks bernilai RM1.1 juta pada serbuan di sebuah gudang perkakasan di Bukit Mertajam dekat sini, 15 Februari lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) KDN Nik Yusaimi Yussof berkata, rampasan itu membabitkan pelbagai jenis barangan seperti patung seks, alat kemaluan lelaki dan wanita yang dilarang penjualannya di negara ini.

Beliau berkata, Op Maya yang dilakukan hasil risikan dan maklumat awam pada jam 12 tengah hari itu turut menahan seorang wanita berusia 29 tahun yang mengaku sebagai pemilik barangan terbabit.

“Hasil siasatan mendapati, barangan terbabit dipasarkan secara atas talian sejak tahun lalu berharga RM70 hingga RM450 seunit dengan anggaran keuntungan dua kali ganda dan lebih membimbangkan, pembelinya cenderung terdiri daripada golongan muda.

“Ini adalah Op Maya siri kedua selepas operasi pertama di Kuala Lumpur membabitkan rampasan bernilai RM160,000 namun kedua-dua kes itu tiada kaitan,” katanya pada sidang media di Wisma Pantai di sini, hari ini.

Nik Yusaimi berkata, pihaknya bimbang pengedaran barangan yang dibawa masuk dari luar negara menggunakan pelbagai kaedah secara haram itu memberi mudarat dalam aspek mental dan ia berlawanan dengan nilai moral dan budaya masyarakat.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana memudaratkan kemoralan dan Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan kerana mengedar atau menjual barangan lucah.

Nik Yusaimi berkata, pihaknya turut menyiasat sama ada terdapat kemungkinan barangan itu dijual secara runcit namun setakat ini mendapati, kegiatan itu hanya dilakukan secara atas talian.

Katanya, tindakan akan diambil terhadap pihak yang terbabit dengan elemen yang memudaratkan kemoralan, ketenteraman awam, keselamatan negara, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kepentingan awam serta negara.

Beliau turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan penjualan dan aktiviti pengedaran alat mainan seks dengan menghubungi KDN di talian 03-8000 8000 atau emel ke www.moha.gov.my.

-Harian Metro

Tags: Alat Permainan SeksKDNPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bungkusan Ganja Kepada Ahli Politik: Belum Ada Tangkapan – Polis

Next Post

Dewan Rakyat: Malaysia Belum Bersedia Laksana GST

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

25/01/2025
0

JELI : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi menangani isu penyeludupan dan...

Next Post
Dewan Rakyat: Malaysia Belum Bersedia Laksana GST

Dewan Rakyat: Malaysia Belum Bersedia Laksana GST

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd