• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Lelaki Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan

oleh AK-47
23/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kanak-Kanak Lelaki Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH : Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut setelah terjatuh ke dalam lubang kumbahan dalam kejadian di Kok Lanas, Kota Bharu, dekat sini semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa Muhammad Azim Abdul Rahim yang merupakan anak tiri kepada Mohd. Khairi Jauhari Mohd. Yusuf, 36, ditemukan oleh bapa saudaranya di lubang kumbahan sedalam 0.4 meter semasa turun untuk mencari.

Ibu kanak-kanak berkenaan Nur Ain Nabihah Mohd. Zamri, 24, berkata, kejadian itu disedari oleh dia dan suami selepas melihat kelibat Muhammad Azim tidak berada berhampiran mereka.

“Semasa kejadian saya dan suami ada di kedai roti canai milik mereka yang terletak kira-kira lima meter dari lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja menyedari kehilangan Muhammad Azim, saya dan suami telah mencarinya di sekitar kedai namun tidak berjumpa, sehinggalah tergerak hati untuk memeriksa kawasan kumbahan.

“Melihat keadaan lumut di kawasan itu sudah tiada, suami telah meminta adiknya untuk turun ke dalam lubang kumbahan itu bagi mencari Muhammad Azim,” katanya ketika ditemui pemberita di Lorong Pondok Haji Muhammad, Selising di sini hari ini.

Nur Ain Nabihah memberitahu, sejurus ditemukan keadaan Muhammad Azim berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus membawanya ke Klinik Kesihatan Kok Lanas untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, selang 15 minit kemudian Muhammad Azim disahkan telah meninggal dunia dan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Jawa di sini pada pukul 8.30 pagi tadi.

-Utusan Online

Tags: kanak-kanaklubang kumbahan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Syamsul Minta Maaf Pada Ibu, Tak Boleh Ceraikan Puteri Sarah

Next Post

‘Program Ubat Cegah HIV Akan Diperluas, Bukan Dibatal’

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

28/05/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia di belakang Sutera Mall, Jalan Sutera Danga, di sini pagi tadi. Menurut...

Reman Bapa Mangsa Dera Dilanjut 5 Hari

Reman Bapa Mangsa Dera Dilanjut 5 Hari

24/05/2025
0

BAYAN LEPAS: Tempoh reman terhadap bapa kepada kanak-kanak berusia 12 tahun yang disyaki didera, di sini, dilanjutkan sehingga 29 Mei...

Next Post
‘Program Ubat Cegah HIV Akan Diperluas, Bukan Dibatal’

'Program Ubat Cegah HIV Akan Diperluas, Bukan Dibatal'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd