• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kamal Adli Selamat Jalani Pembedahan

oleh AK-47
13/03/2023
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Kamal Adli Selamat Jalani Pembedahan
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Selebriti Malaysia, Kamal Adli yang cedera apabila diserang oleh seorang lelaki di Singapura lewat malam Ahad selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Alhamdulillah Kamal dah sedar… harap semua doakan keselamatan kami,” isterinya Uqasha Senrose memaklumkan menerusi akaun Instagram (IG) pada Isnin.

Dalam kemaskini IGnya lewat malam tadi, Uqasha memaklumkan Kamal,37, diserang menggunakan ‘chota’ berkali-kali oleh seorang lelaki di kepala, muka dan badan.

Tanpa mendedahkan hospital Kamal ditempatkan, Uqasha berkata Kamal menjalani “major operation” berikutan kecederaan di bahagian kepala yang agak teruk.

Beliau dan suami menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan turut memohon peminat dan orang ramai mendoakan kesembuhan suaminya.

Mereka berdua berada di Singapura bagi acara Hari Raya Mega Sale 2023 selama tiga hari bermula Jumaat yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo.

Menurut Uqasha, kejadian berlaku di akhir acara itu berlangsung.

Uqasha turut sertakan gambar-gambar sekitar kejadian yang menimpa suaminya dan memaklumkan penjenayah tersebut telah ditahan.

Memetik jurucakap polis Singapura, media tempatan melaporkan pihak polis menerima panggilan tentang satu pertelingkahan yang berlaku di Singapore Expo.

“Seorang lelaki 37 tahun masih sedarkan diri apabila dibawa ke hospital. Seorang lelaki 34 tahun selanjutnya diberkas berhubung dengan kes itu. Siasatan masih dijalankan,” polis dilaporkan berkata.

Dianjurkan Megaxpress International, Hari Raya Mega Sale turut menampilkan beberapa artis dari Malaysia.

Pasangan popular Kamal dan Uqasha antara selebriti Malaysia yang sentiasa mengikuti acara sebegini di Singapura.

-Sinar Harian

Tags: Kamal Adlipembedahan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dewan Rakyat: 97 Peratus Veteran ATM Tidak Berpencen Terima BSH

Next Post

Keputusan Semakan Kes SRC Najib 31 Mac

Related Posts

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

TERKINI: Pengawal Peribadi Masih Alami Pendarahan Usus, Perlu Jalani Pembedahan Susulan – Isteri

15/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi yang masih kritikal selepas ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1,...

Siasatan Lanjut Penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Tangguh Kes 10 Julai

Siasatan Lanjut Penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Tangguh Kes 10 Julai

26/06/2023
0

SINGAPURA: Mahkamah Singapura membenarkan penangguhan dua minggu lagi untuk pendakwa raya menjalankan siasatan lanjut ke atas seorang lelaki yang didakwa...

Next Post
Keputusan Semakan Kes SRC Najib 31 Mac

Keputusan Semakan Kes SRC Najib 31 Mac

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd