• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurulatih Kecergasan Mengaku Tidak Bersalah Cabul Gadis

oleh Mohd Arshad
10/03/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Jurulatih Kecergasan Mengaku Tidak Bersalah Cabul Gadis
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN : Seorang jurulatih kecergasan sebuah gimnasium mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencabul kehormatan dan menunjukkan kemaluan kepada seorang gadis pada 7 Mac lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Khaw Chee Young, 29, membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan terhadapnya itu dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang masih bujang didakwa hendak mengaibkan kehormatan seorang gadis dengan cara menunjukkan kemaluan kepada gadis tersebut.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 9.40 pagi pada 7 Mac lalu, di aras dua sebuah gimnasium di All Season Place, Lebuh Raya Thean Teik, dekat sini.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa di lokasi dan masa yang sama telah menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan gadis yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman.

Pegawai Pendakwa, Zaida Azwa Zainal memohon jaminan berjumlah
RM5,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan pertama manakala jaminan berjumlah RM7,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan kedua.

Bagaimanapun, peguam HC Chan memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya hanya berpendapatan RM2,000 sebulan dan wang jaminan hanya untuk memastikan kehadirannya ke mahkamah.

Selain itu, HC Chan berkata, pasport tertuduh juga telah tamat tempoh pada 2020 dan anak guamnya tidak berhasrat untuk memperbaharui pasport tersebut.

Majistret kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000
dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 17 April untuk sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.

-Utusan Online

Tags: cabulJurulatih Kecergasan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

07/11/2025
0

Seremban: Guru sekolah di Batu Kikir, Jempol, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang...

Mengaku Gersang Punca Lelaki Sengaja Langgar, Cabul Wanita Di Bazar Ramadan

Mengaku Gersang Punca Lelaki Sengaja Langgar, Cabul Wanita Di Bazar Ramadan

13/03/2025
0

TEMERLOH - Seorang lelaki mendakwa gersang kerana 13 tahun tidak bersama wanita akibat HIV positif ditahan pada Rabu selepas mencabul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd