• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Rayu Moratorium Pinjaman Bank Mangsa Banjir 3 Hingga 6 Bulan

oleh AK-47
06/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Johor Rayu Moratorium Pinjaman Bank Mangsa Banjir 3 Hingga 6 Bulan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Kerajaan Johor merayu supaya mangsa banjir negeri ini yang terjejas supaya diberikan moratorium bayaran semula pinjaman perbankan sekurang-kurangnya antara tiga hingga enam bulan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata moratarium bayaran semula pinjaman bank itu mampu memberikan sedikit kelegaan kepada mangsa terjejas untuk membina semula kehidupan mereka.

Katanya, umum mengetahui untuk tahun ini sahaja ramai rakyat Johor terpaksa melalui ujian banjir amat mencabar bukan hanya sekali, tetapi dua kali pada tahun ini.

“Bencana sebegini sudah tentu memberikan impak kewangan cukup besar kepada mereka. Ada yang kerosakan harta benda seperti kereta, perabot, alatan elektrik dan sebagainya. Ada juga yang mengalami kerugian hasil tanaman dan binatang ternakan.

“Maka bagi pihak mangsa terjejas, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon dan merayu supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mempertimbangkan moratorium sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan bagi mangsa banjir terjejas.

“Besar harapan kerajaan Johor supaya mangsa-mangsa banjir ini boleh diberikan sedikit kelegaan dari segi moratorium dalam tempoh yang saya sebutkan itu,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Bencana banjir melanda Johor sejak Rabu lalu disifatkan antara terburuk pernah dihadapi negeri itu selepas bah besar 2006.

Menurut data terkini, 40,129 mangsa banjir membabitkan 11,210 keluarga ditempatkan di 216 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah terjejas di Johor.

Anwar yang juga Menteri Kewangan Jumaat lalu dilapor memperuntukkan bantuan khas sejumlah RM50 juta kepada Johor susulan banjir terburuk pernah dihadapi negeri itu.

Sehari sebelumnya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan RM10 juta bantuan mangsa banjir di Johor disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), bagi membeli barangan keperluan dan bantuan tambahan kepada penduduk terjejas banjir di negeri itu.

-Berita Harian

Tags: BanjirJohormangsa banjirMoratorium Pinjaman Bank
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd