• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Mengamuk Seperti Liverpool, Belasah N. Sembilan 7-0

oleh Mohd Arshad
07/03/2023
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
JDT Mengamuk Seperti Liverpool, Belasah N. Sembilan 7-0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN : Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih kemenangan ketiga berturut-turut selepas membenam pasukan Negeri Sembilan FC dengan keputusan 7-0, sebentar tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beraksi di gelanggang lawan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, perlawanan dikuasai sepenuhnya Harimau Selatan dan pasukan itu mula mendahului pada minit ke-20.

Ia hasil jaringan penyerang dari Argentina, Fernando Forestieri yang menanduk bola ke gawang tuan rumah hasil sepakan percuma yang diambil oleh Leandro Velazquez.

PEMAIN JDT meraikan gol yang dihasilkan dalam perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan.

Pelawat mendapatkan gol kedua mereka pada ke-40 menerusi penyerang, Diogo yang membuat percubaan voli cantik dari luar kotak penalti yang mengelirukan penjaga gawang Negeri Sembilan, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Memasuki separuh masa kedua, JDT tidak menunggu lama memperoleh sepakan penalti selepas Arif Aiman Mohd Hanapi dijatuhkan dalam kotak penalti.

Peluang tersebut disempurnakan oleh Forestieri pada minit 48, untuk gol ketiga pasukan dari Selatan itu.

Minit ke-52, Arif Aiman menggandakan lagi gol buat JDT apabila dia mudah menolak masuk bola ke gawang tuan rumah selepas menerima hantaran dari Diogo.

Gol kelima Harimau Selatan pula diperoleh hasil sentuhan pemain pertahanan, Corbin Ong pada minit ke-66 diikuti gol keenam menerusi Endrick Dos Santos pada minit ke 71.

PENYERANG JDT, Diogo Luis Santo diasak pertahanan Negeri Sembilan, Annas Rahmat.
Minit ke-87, Corbin Ong terus menambah derita pasukan tuan rumah apabila menjaringkan gol ketujuh pasukan JDT.

Keputusan kekal 7-0 sehingga wisel penamat ditiupkan sekali gus tiga mata berjaya dibawa pulang pasukan pelawat ke Johor Bahru dan turut merampas kedudukan teratas Liga Super daripada Sabah yang turut melakar kemenangan 2-0 ke atas Kuching City.

-Utusan Online

Tags: JDTLiga SuperNegeri Sembilan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘LHDN Perlu Pastikan Semua Yang Wajib Bayar Cukai Tak Culas’

Next Post

Pastikan Taikun Perniagaan Besar Tidak Terlepas Bayar Cukai – PM

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

01/05/2025
0

SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian membabitkan kumpulan 'Ah Kit' menerusi serbuan di sekitar...

Next Post
Pastikan Taikun Perniagaan Besar Tidak Terlepas Bayar Cukai – PM

Pastikan Taikun Perniagaan Besar Tidak Terlepas Bayar Cukai – PM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd